Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Nurul Syasya Raih Emas Pada Penampilan Sulung

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 4:45PM

Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin meraih pingat emas dalam acara menembak 10 meter Air Pistol Wanita sempena temasya Sukan SEA 2021 di Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Tanpa pengalaman luas, atlet menembak negara Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin mencipta kejutan memenangi pingat emas 10 meter (m) air pistol wanita pada penampilan sulungnya di Sukan SEA, hari ini.

Pada aksi final di Pusat Latihan Sukan Hanoi di sini, penembak berusia 20 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor itu berjaya menampilkan konsistensi dalam setiap bidikan untuk mengumpul 239.3 mata sekali gus mengatasi pencabar lain.

Perak dimenangi penembak Thailand Tanyaporn Prucksakorn selepas mengumpul 238.7 mata sementara gangsa menjadi milik wakil tuan rumah Thu Vinh Trinh yang meraih 214.1 mata.

Ia adalah emas ke-35 kontinjen negara, berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan yang memasuki edisi ke-31 itu melabukan tirainya.

Kejayaan Syasya yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu adalah emas kedua disumbangkan skuad menembak kebangsaan selepas Johnathan Wong turut membutirkan emas dalam acara 10m air pistol lelaki, semalam.

Beliau yang mengakui sedikit gementar berterima kasih kepada jurulatihnya Mohamad Firdaus Abd Rahim apabila tidak putus-putus memberikan sokongan seawal pusingan kelayakan, yang menyaksikan beliau menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang Vin Trinh dan penembak Singapura Xiu Hong Teh.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih saya sebab bantu saya sejak awal sampai lah saya dapat pegang emas itu dengan tangan sendiri.

“Nak kata saya harap sangat pingat emas itu tidak, ia agak sukar sebab ramai atlet lain, jadi saya menangis (selepas menang) kerana saya dah buktikan kepada jurulatih saya dapat melakukannya,” katanya kepada pemberita.

Sebagai rekod, Syasya merangkul pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2018 ketika berusia 16 tahun selepas hanya setahun menceburkan diri secara aktif dalam sukan menembak.

Seperti atlet lain, kemajuan beliau turut terjejas akibat pandemik COVID-19 yang menyaksikan beliau hanya sempat merasai pengalaman pertama kali beraksi di pentas antarabangsa pada Grand Prix (GP) Indonesia di Jakarta Februari lepas sebelum bertanding di Sukan SEA.

Dua lagi wakil negara Bibiana Pei dan Mumtazah Syahiidah Shamsuri masing-masing terkandas di pusingan kelayakan.

Sementara itu, aksi pelumba berbasikal negara pada Sukan SEA ke-31 sekali lagi tidak mengecewakan apabila menghadiahkan sebutir pingat dalam acara yang berlangsung di Wilayah Hoa Binh, kira-kira 75km dari sini, hari ini.

Kali ini menerusi juara kebangsaan 2021, Muhammad Nur Aiman Rosli yang juga pelumba Sapura Cycling Team (TSC) dalam acara ujian masa individu lelaki apabila meraih gangsa dalam perlumbaan sejauh 39.56 kilometer (km).

Pelumba berusia 23 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 48 minit 58.547 saat di belakang jaguh Asia Tenggara Peerapol Chawchiangkwang dari Thailand (48:32.404s) yang meraih emas, manakala pelumba Indonesia Aiman Cahyadi di tempat kedua dengan masa 48:37.903s.

Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shaiful Adlan Mohd Shukri pula berada di kedudukan kesembilan selepas merekodkan masa 51:31.146s. - Bernama

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

Semasa 19 jam yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar