Berita Terkini

7 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cadang ‘Tarik’ Sazzlan Berkhidmat Di Sabah

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 8:53PM

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) bersama Nizam (kiri) ketika menyampai insentif sebanyak RM2,000 kepada Sazzlan yang berjaya menyumbang emas negara dalam Sukan SEA 2021.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Kecemerlangan atlet silat Sazzlan Yuga, 27, dalam arena sukan antarabangsa seharusnya dimanfaatkan kerajaan negeri bagi melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa akan datang.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan ketika ditemui mengaku sedikit terkejut apabila anak jati Tawau itu terpilih mewakili Pahang selepas bakatnya dicungkil ketika menuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

“Daripada sudut pandangan positif, satu kelebihan apabila atlet kita mendapat latihan dari tempat lain yang mungkin berbeza kaedah latihannya.

“Bagaimanapun, perkara seperti ini perlu dipandang serius kerana ia sebenarnya agak merugikan Sabah, apatah lagi kita sememangnya mempunyai ramai atlet berpotensi menyumbang pingat termasuk di peringkat antarabangsa,” katanya.

Menerusi pencapaian cemerlang Sazzlan jelasnya, sudah tentu pemenang pingat emas kategori Ganda Putra Pencak Silat (Seni) Sukan SEA 2021, mampu memberi ‘pulangan’ kepada pembangunan sukan negeri khususnya dalam seni bela diri berkenaan.

“Atlet cemerlang seperti Sazzlan sebenarnya mampu memberi inspirasi dan (menjadi) ikon kepada anak muda untuk turut melakar kejayaan dalam bidang sukan.

“Saya akan mencadangkan kepada Kementerian Belia Sukan Sabah (KBSS) untuk ‘menarik’ Sazzlan berkhidmat di sini sekali gus memberi tumpuan terhadap pembangunan sukan silat,” katanya.

Bakat Sazzlan (kanan) semakin berkembang ketika menuntut di UPSI dan terpilih mewakili  Pahang sebelum terpilih menyertai skuad negara.
Bakat Sazzlan (kanan) semakin berkembang ketika menuntut di UPSI dan terpilih mewakili Pahang sebelum terpilih menyertai skuad negara.

Sebelum itu, Nizam yang melawat kediaman Sazzlan di Batu 4, Jalan Apas, mengumumkan pemberian sumbangan peribadi sebanyak RM2,000 sebagai insentif atas kejayaan atlet berkenaan di Hanoi, Vietnam.

Sementara itu, Sazzlan berkata, beliau tidak pernah mewakili negeri biarpun mula berkecimpung dalam sukan silat sejak di sekolah menengah.

“Saya hanya bertanding di peringkat daerah bagi mewakili sekolah, kemudian aktiviti silat sedikit perlahan sehinggalah saya melanjutkan pelajaran di UPSI,” katanya.

Tambah Sazzlan, rakannya mula mempelawa dia menyertai kelab silat di UPSI sebelum dia ditawarkan menyertai pasukan Pahang.

“Di sana saya menjalani latihan dan mewakili Pahang dalam Sukan Malaysia (SUKMA) sebelum terpilih menyertai skuad negara.

“Mungkin itu aturan rezeki untuk saya berpeluang mengembangkan bakat di sana,” katanya.

Sazzlan juga tidak menolak sekiranya Sabah memerlukan khidmatnya dalam bidang sukan seni bela diri berkenaan.

“Semua orang berharap dapat berkhidmat untuk negeri atau negara masing-masing, begitu juga saya,” katanya.

Untuk rekod, selain mempertahankan pingat emas di Sukan SEA Filipina, tiga tahun lalu, Sazzlan yang bergandingan bersama Mohd Takiyuddin Hamid pernah merangkul emas dalam acara sama di Kejohanan Pencak Silat Dunia Singapura 2018. - Getaran, 19 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 22 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

2

Semasa 3 hari yang lalu

OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

3

Semasa 4 hari yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

Semasa 11 jam yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki

Semasa 2 jam yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran