Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu 9 Emas Capai Sasaran Di Hanoi

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 8:06AM

(Dari kiri) Nateeshvar, Ervin Chang, Rhaasrikanesh dan Marcus Lim memenangi pingat emas pada Sukan SEA ke-31 di Heron Lake Golf Course, Hanoi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Kontinjen negara memerlukan sembilan lagi pingat emas bagi mencapai sasaran 36 emas setelah berakhir hari ke-11 Sukan SEA Hanoi, semalam.

Berbaki lima hari sebelum temasya edisi ke-31 itu melabuhkan tirai pada Isnin depan (23 Mei), harapan peminat sukan tanah air pastinya mahu melihat kem negara dapat mencapai sasaran tersebut selepas pencapaian agak mendatar dalam tempoh beberapa hari lepas.

Beberapa acara final melibatkan atlet Malaysia seperi memanah, gimnastik seirama, berbasikal kriterium, angkat berat dan karate diharapkan dapat menghadiahkan kilauan emas.

Pada saingan semalam, barisan atlet negara menyumbangkan empat pingat emas, empat perak dan lapan gangsa menjadikan kutipan keseluruhan kontinjen negara sebanyak 27 emas, 32 perak dan 63 gangsa untuk kekal berada di kedudukan keenam.

Pingat emas pertama negara hari ini, disumbangkan skuad golf negara menerusi gandingan Ervin Chang, Marcus Lim Pang Chuen, K Rhaasrikanesh dan A Nateeshvar (pemain simpanan) dalam acara berpasukan lelaki, sekali gus menamatkan 21 tahun kemarau emas dalam acara tersebut.

Pasukan golf wanita yang dibarisi Jeneath Wong dan Mirabel Ting turut cemerlang apabila menghadiahkan pingat perak selepas tumpas kepada pasukan pilihan Thailand, pada aksi final.

Skuad karate negara muncul pasukan paling cemerlang dalam penyertaan atlet Malaysia apabila menyumbangkan dua emas dan dua gangsa.

Dua wakil negara yang membuat penampilan sulung pada temasya kali ini, C Shahmalarani dan H Sureeya Sankar tidak menghampakan apabila masing-masing meraih emas dalam acara kumite bawah 55kg wanita dan kumite bawah 67kg lelaki.

Pingat gangsa acara karate pula menerusi S Prem Kumar dalam acara kumite bawah 60kg dan Muhammad Aiqal Asmadie dalam acara kata individu lelaki.

Di kolam renang, selepas mengumpul tiga pingat perak, perenang muda Khiew Hoe Yean mencipta sensasi dengan menghadiahkan pingat emas kepada kem Malaysia dalam acara 200 meter gaya bebas lelaki.

Acara lain yang menyumbangkan pingat kepada Malaysia hari ini adalah memanah dengan satu perak dan tiga gangsa, menembak (1 perak), olahraga (1 perak, 1 gangsa) dan ping pong (dua gangsa).

Namun, kem olahraga negara serba tidak menjadi dalam saingan hari ini apabila Malaysia gagal mempertahankan gelaran Raja Pecut Asia Tenggara selepas penyertaan Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan dalam acara 100m lelaki.

Malaysia mengungguli acara riben biru itu bagi dua edisi sebelum ini menerusi Khairul Hafiz Jantan pada 2017 di Kuala Lumpur dan Muhammad Haiqal Hanafi di Filipina pada 2019.

Malah, penguasaan Malaysia dalam acara lompat tinggi lelaki Sukan SEA sejak 2005, berakhir apabila Nauraj Singh Randhawa sekadar meraih pingat perak.

Malaysia memenangi pingat emas lompat tinggi lelaki dalam setiap edisi Sukan SEA sejak 1977, kecuali pada Sukan SEA 2005 di Manila yang menyaksikan Nguyen Duy Bang dari Vietnam meraih emas.

Selepas berakhir hari ke-11 Sukan SEA Hanoi, tuan rumah Vietnam kekal mendahului carta kedudukan pingat dengan 126 emas, 76 perak dan 74 gangsa, diikuti Thailand 53-59-80, Filipina 37-49-65, Singapura 37-39-49 dan Indonesia di tempat kelima dengan 36-49-49.

Selain beberapa acara menawarkan pingat emas melibatkan atlet Malaysia pada hari ke-12, tumpuan pastinya kepada skuad ‘Harimau Muda’ yang akan berdepan tuan rumah Vietnam yang juga juara bertahan dalam aksi separuh akhir bola sepak lelaki hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Puluhan Maut Kebakaran Pangsapuri Di Hanoi, Vietnam

2

Sukan 10 bulan yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

3

Sukan 11 bulan yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

4

Sukan 11 bulan yang lalu

Kontroversi Sukan SEA: ‘Saya Tidak Akan Minta Maaf Kerana Menghantar Atlet Muda – Hannah

Sorotan

1

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

2

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

3

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

4

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

5

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

6

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Beras Yang Dibuang Di Temerloh Sudah Rosak – KPKM

oleh Fida Ruzki

Luar Negara 8 jam yang lalu

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Semasa 8 jam yang lalu

Mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar