Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Olahraga 'Penyelamat' Kontinjen Negara

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 9:31AM

Atlet lontar tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer dan Grace Wong bersama pingat emas yang dimenangi dalam acara lontar tukul besi pada Sukan SEA ke-31 di My Dinh National Stadium, Hanoi, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Acara olahraga yang membuka tirai semalam menjadi ‘penyelamat’ kepada pemburuan pingat emas kontinjen negara pada Sukan SEA ke-31.

Atlet baling tukul besi lelaki dan wanita negara Jackie Wong Siew Cheer dan Grace Wong Xiu Mei masing-masing menampilkan aksi cemerlang untuk menyumbangkan pingat emas ke-12 dan 13 Malaysia.

Beberapa acara yang sebelum ini diletakkan harapan dapat menuai atau mencipta kejutan meraih kilauan emas bagaimanapun gagal meneruskan momentum kemenangan mereka sekali gus menyaksikan kontinjen negara turun dua anak tangga dalam carta kedudukan keseluruhan.

Dalam pada itu, pencapaian Iskandar Alwi memenangi pingat gangsa acara lompat galah buat kali keempat pada temasya Sukan SEA melegakan kem olahraga pada hari pertama semalam selepas beberapa atlet yang diletakkan harapan meraih pingat gagal menepati sasaran.

Di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi, skuad bina badan negara terus menampilkan aksi terpuji apabila menyumbang dua pingat perak dan dua gangsa.

Buda Anchah dan Zmarul Adam Pulutan Abdullah masing-masing meraih perak manakala dua gangsa menerusi Zainal Arif Zainal Ariffin dan Muhammad Uzair Mat Noor.

Atlet lawan pedang negara Joshua Koh I-Jie turut tersenarai sebagai penyumbang pingat untuk kontinjen negara apabila memenangi gangsa dalam acara epee individu lelaki hari ini.

Acara wusyu yang membuat kejutan meraih dua pingat emas, gagal menghadirkan kilauan emas semalam apabila sekadar meraih satu gangsa menerusi Sydney Chin Sy Xuan dalam acara Taijiquan Wanita.

Sementara itu, Muhammad Khairi Adib Azhar memastikan sekurang-kurangnya pingat perak buat kem silat tanding negara apabila mara ke pentas akhir kelas B Lelaki (50-55 kg).

Skuad silat negara juga berpeluang menambah sekurang-kurangnya koleksi pingat perak selepas tujuh pesilat negara bakal bertarung di peringkat separuh akhir, hari ini. 

Saingan final akan berlangsung pada Isnin. Peserta yang tewas di peringkat separuh akhir secara automatik memperoleh pingat gangsa.

Pencapaian Malaysia memenangi dua pingat emas, dua perak dan lima gangsa hari ini menyaksikan kontinjen negara turun daripada tempat kedua kepada kedudukan keempat dengan pungutan keseluruhan 13 emas, tujuh perak dan 21 gangsa.

Tuan rumah, yang memintas Malaysia di kedudukan teratas pada Rabu lepas, kekal mendahului carta dengan 36 pingat emas, 28 perak dan 27 gangsa meninggalkan Thailand di tempat kedua hasil kejayaan memenangi 14-13-30.

Indonesia pula di tempat ketiga selepas mengutip 13 emas, 14 perak dan enam gangsa.

Hari ini, tumpuan kontinjen negara adalah dalam acara bina badan apabila juara dunia empat kali Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Mike,' dijadual beraksi dalam acara Athletics Physique dan berpeluang menyumbangkan pingat emas buat Malaysia.

Kem negara juga berpeluang menambah koleksi pingat emas apabila skuad pingpong lelaki dijadual membuat perhitungan berdepan Thailand pada perlawanan akhir acara berpasukan.

Aksi jaguh lontar peluru negara Muhammad Ziyad Zolkefli turut menjadi perhatian dan sudah tentu peluang beraksi di Hanoi enggan disia-siakan oleh atlet paralimpik negara itu yang akan bersaing dalam kategori normal.

Dua atlet yang beraksi pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Khairul Anuar Mohamad dan Syaqiera Mashayikh, pula akan mengetuai cabaran Malaysia dalam acara memanah yang membuka tirai hari ini. - Bernama

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim