web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Atlet Baling Tukul Besi Negara Rampas Kembali Emas

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 4:10PM

Jackie Wong Siew Cheer (kiri) dan Sadat Maryuqi Ajisan berjaya memenangi pingat emas dan gangsa dalam acara lontar tukul besi pada Sukan SEA ke-31 di My Dinh National Stadium, Hanoi hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Atlet baling tukul besi lelaki dan wanita negara menyumbang emas ke-12 dan 13 negara menerusi sukan itu pada temasya Sukan SEA ke-31 hari ini.

Jackie Wong Siew Cheer dan Grace Wong Xiu Mei merampas kembali kejuaraan mereka dalam sukan itu daripada pesaing tradisi dari Thailand, di Stadium Kebangsaan My Dinh di sini.

Grace mengungguli kategori wanita dengan balingan sejauh 57.13 meter (m) menerusi cubaan keempatnya.

Walaupun catatan tersebut jauh ketinggalan daripada rekod kebangsaan miliknya 62.46m yang dilakukan pada Grand Prix Malaysia April lepas, ia masih mengatasi Mingkamon Koomphon yang mencatatkan 50.28m bagi meraih perak, manakala seorang lagi wakil Thailand Panwat Gimsrang (49.64m) membawa pulang gangsa.

“Saya tidak puas hati dengan keputusan (jarak) ini kerana saya sasarkan dalam 60-61m. Ada masalah teknikal, wayar tukul besi terlalu pendek, jadi saya cuba yang terbaik.

“Selepas terlepas emas di Filipina, saya sangat sedih, tetapi saya dapatkan ia kembali dan semuanya ok. Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang menghantar kami berlatih di Korea Selatan selama 42 hari, ia sangat membantu,” katanya kepada pemberita.

Grace memenangi emas Sukan SEA pertamanya dengan mencipta rekod kejohanan 59.24m pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, sekali gus mengetepikan pencabar terkuatnya Mingkamon yang membawa pulang perak.

Namun, atlet Thailand itu merangkul semula emas pada edisi terakhir temasya itu Filipina 2019.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, Jackie turut mendapatkan kembali kejuaraan dengan menewaskan pesaingnya dari Thailand, Kittipong Boonmawan, dengan balingan sejauh 66.49m pada cubaan terakhir. 

Juara 2015 dan 2019 Kittipong merekodkan balingan terbaik pada jarak 64.54m, manakala seorang lagi atlet Malaysia Sadat Marzuki Ajisan memperoleh perak (58.86m). 

Jackie merangkul emas pada Sukan SEA 2017 dengan mencatatkan 65.90m namun terpaksa berpuas hati dengan perak semasa di Filipina di belakang Kittipong yang memenangi emas serta mencipta rekod baharu kejohanan 67.56m. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad