web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukan SEA Hanoi: 36 Emas, 35 Perak, 75 Gangsa Jadi Buruan Malaysia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 9:55PM

Ahmad Faizal (kanan) memberikan kata semangat kepada para kontinjen pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi di Majlis Sukan Negara hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa menjadi buruan kontinjen Malaysia di temasya Sukan SEA Hanoi yang dijadualkan bermula 12 hingga 23 Mei ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sasaran 146 pingat itu ditetapkan berdasarkan prestasi semasa 584 atlet negara ke temasya berkenaan selepas berbincang dengan semua pemegang taruh yang terlibat.

Beliau berkata sukan terjun dan olahraga dijangka menjadi lubuk emas kontinjen negara di Hanoi dengan masing-masing diberi kepercayaan untuk menyumbang lebih lima pingat.

“Berdasarkan prestasi semasa, bonus pingat emas mungkin dapat diperoleh menerusi sukan taekwondo, wusyu, petanque, pencak silat, bina badan dan beberapa sukan lagi. Kita dapati lebih 58 peratus adalah atlet yang bakal bertanding buat kali pertama di Sukan SEA.

“Kita perlu faham bahawa mereka memerlukan pendedahan di peringkat antarabangsa untuk mencabar diri sendiri bagi mendapatkan pingat.

“Kita ada agenda lebih besar untuk membawa momentum ini ke Sukan Komanwel, Asia dan Olimpik selepas itu, dengan kita masih menanti pingat emas pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

Ahmad Faizal turut mengakui bahawa dengan sasaran 36 emas, kontinjen negara tidak mampu bersaing untuk meraih tiga tempat teratas secara keseluruhan di temasya itu.

Ditanya jumlah sasaran kali ini yang berkurangan berbanding pencapaian beberapa edisi lepas, beliau berkata ia berikutan 72 pingat iaitu 25 emas, 18 perak dan 29 gangsa daripada 27 jenis sukan dan 68 acara yang dimenangi atlet negara pada edisi 2019 di Filipina tidak dipertandingkan pada temasya kali ini.

“Antara pingat yang hilang adalah dari sukan skuasy dan boling padang yang masing-masing raih empat emas, skating (2 emas), gimrama (3 emas acara individu), break dance (1 emas) dan beberapa sukan lain.

“Selain itu, sebanyak 22 jenis sukan seperti pelayaran, ekuestrian, hoki, ragbi dan luncur air yang biasa menyumbang pingat di Sukan SEA juga tidak dipertandingkan kali ini, yang menyebabkan sasaran pingat berkurangan,” katanya.

Beliau berkata selain itu, kekangan susulan pandemik COVID-19 yang menyaksikan banyak kejohanan di seluruh dunia dibatal atau ditangguhkan menyebabkan Malaysia tidak dapat menetapkan sasaran tinggi dan angka 36 emas ini dilihat sebagai realistik.

Namun Ahmad Faizal berkata apa pun kekangan dan kekurangan yang dihadapi, beliau yakin para atlet negara akan berjuang habis-habisan bagi memenangi pingat emas untuk negara.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah penyertaan di temasya Sukan SEA sejak edisi sulung 1959 Bangkok, Thailand adalah pencapaian 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa untuk muncul juara edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Pada edisi 2019 di Filipina, kontinjen negara membawa pulang 55 emas, 58 perak dan 71 gangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Tiada Bukti Kukuh, Jurulatih Para Renang Dibenar Kembali Latih Atlet - MSN

2

Sukan 2 tahun yang lalu

MSN Teliti Pelaksanaan Caruman KWSP, PERKESO Untuk Atlet

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Ahmad Shapawi Tamat Perkhidmatan Di MSN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad