web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sri Pahang Bangkit Raih 3 Mata Sulung Di Laman Sendiri

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 8:23AM

Pemain Sri Pahang meraikan kemenangan mereka ke atas Penang FC. - Gambar dari Facebook Sri Pahang FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas gagal meraih kemenangan dalam tiga aksi pertama Liga Super, Sri Pahang FC akhirnya berjaya mengutip tiga mata sulung apabila membenam Penang FC 3-1 di laman sendiri, Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.

Seawal permainan bermula, Penang FC dilihat lebih agresif menyerang berbanding pasukan tuan rumah yang beraksi secara bertahan dan sesekali melakukan serangan balas sebelum berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-28 menerusi rembatan kencang Muhamad Nor Azam Abdul Azih dari luar kotak penalti.

Penang FC bangkit mengikat keputusan 1-1 selepas Sukri Abd Hamid meledak jaringan pada minit ke-46 yang gagal diselamatkan penjaga gol skuad Tok Gajah Mamadou Samassa, namun kedudukan itu tidak bertahan lama.

Sri Pahang FC kembali mendahului permainan pada minit ke-64 hasil jaringan David Rowley yang menanduk masuk hantaran Baqiuddin Shamsudin sebelum Sean Gianelli menambah derita Penang FC menerusi gol ketiga dihasilkannya pada minit ke-73.

Keputusan itu menyaksikan Sri Pahang FC kini mengumpul empat mata di kedudukan kesembilan liga selepas mencatat dua kekalahan dan satu keputusan seri pada aksi terdahulu.

Pada masa sama, tiga mata pertama turut berjaya diraih Sarawak United FC yang cemerlang menundukkan pasukan tuan rumah, Petaling Jaya (PJ) City FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sekali gus menamatkan kemarau kemenangan dalam lima perlawanan.

Penyerang Francis Kone menjadi wira pasukan apabila meledak dua gol masing-masing menerusi tandukan pada minit ke-46 dan sepakan penalti pada minit ke-85.

Pada aksi tersebut, skuad bimbingan jurulatih berpengalaman luas, B Sathianathan itu terlebih dahulu membuka tirai jaringan hasil tandukan Boris Kok pada minit ke-21 sebelum Kone menggandakan kedudukan, namun PJ City berjaya mengurangkan defisit gol hasil rembatan M Kogileswaran Raj pada minit ke-75.

Sarawak United kini mengumpul empat mata di kedudukan kedua tercorot sementara PJ City di tangga keenam dengan tujuh mata.

Sementara itu, dalam saingan Liga Premier menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) II merampas kedudukan pendahulu takhta daripada pencabar terdekat, Kelantan FC, dengan kemenangan selesa 3-1 ke atas Perak FC di Stadium Perak, Ipoh.

Tiga gol JDT II masing-masing dijaringkan Fernando Rodriguez pada minit ke-24 dan minit ke-36 (sepakan penalti) diikuti gol Adam Farhan Faizal pada minit ke-52 manakala pasukan tuan rumah memperoleh gol sagu hati menerusi sepakan penalti Hakimi Mat Isa pada minit ke-38.

Di Stadium Negeri, Kuching, Kuching City FC membelasah Skuad Projek FAM-MSN 4-0 sementara satu lagi aksi Liga Premier menyaksikan Kelantan United mengatasi UiTM FC 2-1 di Stadium UiTM, Shah Alam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad