web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Liga Super: Terengganu FC Tewaskan Selangor FC, Berjaya Kutip 3 Mata

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2022 8:45AM

Tchetche meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan yang lain. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Terengganu FC (TFC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Selangor FC 2-0 dalam aksi penuh dramatik saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini malam tadi.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bermula garang namun tuan rumah mendominasi permainan apabila terlebih dahulu mencetak gol menerusi ayam tambatannya Faisal Halim pada minit ke-20.

Gol pertama TFC terhasil apabila Faisal yang menyambar umpanan Kipre Tchetche dari dalam kotak penalti bijak memperdaya dua pertahanan Selangor sebelum merembat kencang untuk menewaskan penjaga gol, Khairulazhan Mohd Khalid, sekali gus meletakkan Terengganu di hadapan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad kendalian Michael Feichtenberner mengatur gerakan balas dan menghasilkan percubaan pertama pada minit ke-26 namun rembatan Yazan Mousa Mahmoud berjaya ditepis penjaga gawang, Rahadiazli Rahalim.

Pada minit ke-37, kem tuan rumah berpeluang menambah jaringan menerusi percubaan cantik pemain tengah Syafiq Ismail namun rembatannya sedikit tersasar melewati gawang.

Peluang keemasan Selangor FC hadir pada minit ke-43 namun malangnya tandukan Shahrel Fikri Md Fauzi juga sedikit tersasar ke sebelah kanan gawang.

Pada minit ke-60, skuad Penyu mengesahkan kemenangan selepas menjaringkan gol kedua menerusi Kipre Tcehtche.

Gol kedua diperoleh menerusi sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil Zulkarnain Zakaria selepas pemain Selangor Yazan Mousa menjatuhkan Syafik.

Kemenangan itu menyaksikan Terengganu FC berjaya naik ke tangga ketujuh Liga Super selepas mengumpul enam mata manakala Selangor FC turun ke tangga kelapan dengan lima mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad