web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Liga Super, Selangor Padam Rekod Tanpa Kalah Kedah

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 8:30AM

Pemain Selangor FC, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi meraikan jaringan gol pada perlawanan Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Bola Sepak Petaling Jaya, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas sekadar seri pada dua aksi pertama Liga Super, Selangor FC akhirnya meraih kemenangan sulung penuh bergaya apabila membelasah Kedah Darul Aman (KDA) FC 4-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Kejayaan menundukkan naib juara Liga Super musim lepas itu menyaksikan skuad bimbingan Michael Feichtenbeiner memanjat ke tangga kelima liga daripada kedudukan kelapan dengan mengumpul lima mata selepas tiga perlawanan.

Pada pertembungan malam tadi, kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan berhati-hati sebelum tuan rumah meledak dua gol dalam tempoh lapan minit hasil jaringan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ke-26 dan Herlison Caion de Souza Ferreira pada minit ke-34.

KDA FC yang mencatat kemenangan dalam tiga aksi pertama kempen musim ini bangkit memburu gol, namun gagal menemui penyudah sehingga penyerang gantian Mohammad Nor Hakim Hassan meletakkan Selangor selesa mendahului 3-0 pada minit ke-84.

Caion de Souza Ferreira menambah derita pasukan pelawat apabila menyumbat gol keempat Selangor pada minit ke-87 sebelum skuad Sang Kenari memperoleh jaringan sagu hati menerusi pemain gantian Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin pada masa tambahan.

Kekalahan itu menyaksikan KDA FC jatuh ke kedudukan ketiga dan berkongsi sembilan mata dengan Sabah FC yang mendaki ke tangga kedua selepas memenangi pertembungan 'Borneo Derby' menentang Sarawak United pada satu lagi aksi.

Kemenangan 1-0 Sabah FC di Stadium Negeri, Kuching itu sekali gus membolehkan skuad Sang Badak melebarkan rekod kemenangan kepada tiga perlawanan berturut-turut.

Gol tunggal perlawanan di Kuching itu hadir menerusi sepakan penalti disempurnakan ketua pasukan yang juga bekas pemain kebangsaan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-80 selepas pertahanan tuan rumah Stuart Wark menjatuhkan Altemir Cordeiro Pessoa Neto dalam kotak penalti.

Sementara itu, pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin selesa di persada liga apabila mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam empat perlawanan selepas mengatasi Terengganu FC (TFC) 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Penyerang kelahiran Brazil, Bergson da Silva muncul wira skuad Harimau Selatan apabila menanduk masuk kedua-dua gol masing-masing pada minit ketujuh dan ke-33 untuk menafikan jaringan penyamaan TFC menerusi Kpah Sherman pada minit ke-31.

JDT kini mengumpul 12 mata selepas mengharungi empat perlawanan tanpa kalah sekali gus menyaksikan skuad kendalian Benjamin Mora itu berada pada landasan tepat dalam misi mengekalkan kejuaraan liga buat kali kesembilan berturut-turut.

Dalam pada itu, dua gol Martin Adamec masing-masing pada minit ke-73 dan ke-89 memastikan PDRM FC bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan 2-1 ke atas Terengganu FC (TFC) II yang mendahului menerusi jaringan Amirul Syazwan Nor Azmi pada minit ke-12 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik