web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Misi Balas Dendam KL City Punah, Tewas Di Tangan JDT

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 8:27AM

Pemain JDT Arif Aiman (kiri) diasak pemain KL City FC, Kenny Pallraj semasa aksi perlawanan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan tiga kali berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC 3-0, malam tadi.

Skuad Harimau Selatan yang bertandang ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras mendahului pada minit ke-18 menerusi jaringan Fernando Frontieri, menjadikan kedudukan kekal 1-0 hingga tamat babak pertama perlawanan.

Beralih babak kedua, skuad City Boys yang buntu tanpa jaringan dihukum bermain dengan hanya 10 pemain selepas D Kenny Pallraj dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Leandro Velazquez.

JDT memperolehi gol kedua menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Bergson da Silva pada minit ke-81 sebelum menoktahkan kemenangan dengan gol ketiga dijaringkan Bergson pada masa tambahan.

Sementara itu, satu lagi aksi Liga Super berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pasukan tuan rumah Petaling Jaya City FC meraih mata penuh selepas mengecewakan Terengganu FC 3-0.

Daren Lok muncul penjaring berbisa buat PJ City selepas mencetak jaringan hatrik pada minit ke-12, minit ke-31 dan minit ke-38 untuk selesa mendominasi permainan.

Di KEDAH, pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri selepas menewaskan Sri Pahang FC 1-0 dalam aksi di Stadium Darul Aman, Alor Star.

Jaringan tunggal KDA FC dihasilkan bek tengah, Rodney Celvin Akwensivie pada minit ke-55. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja