web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Liga Super: Sabah FC Benam Melaka United 1-0, Lonjak Ke Tangga Ketiga

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 8:37AM

Pemain Sabah FC Dominic Tan Jun Jin (tengah) menghalang sepakan pemain Melaka United FC Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan Sabah FC berhasil melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas menang tipis 1-0 menentang Melaka United dalam aksi di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka malam tadi.

Selaku pasukan pelawat, Sabah bagaimanapun tidak menghadapi masalah dalam mendominasi perlawanan sebelum berhasil membuka jaringan tunggal perlawanan menerusi jaringan Park Tae Su pada minit ke-25.

Tersentak dengan jaringan awal itu, skuad Melaka kendalian Risto Vidakovic cuba menyamakan kedudukan namun gagal mencetak sebarang jaringan untuk menggugat gawang gol lawan sehingga perlawanan berakhir.

Di NEGERI SEMBILAN, pasukan Negeri Sembilan FC sekadar berpuas hati berkongsi satu mata selepas seri 2-2 menentang Selangor FC dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Selangor terlebih dahulu mendahului selepas pemain Negeri Sembilan, Nasrullah Haniff Johan membuat kesilapan tertampan rembatan pasukan lawan pada minit ke-35.

Skuad Merah Kuning kemudian terus mendahului selepas Herlison Caion de Sousa Ferreira menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-50 babak kedua perlawanan.

Negeri Sembilan kemudian memperoleh momentum kebangkitan selepas turut dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Herold Goulon pada minit ke-58 sebelum gol penyamaan dijaringkan Evanonye Kossi Adetu pada minit ke-76 menjadikan kedudukan terikat.

Di SARAWAK, Sarawak United turut terpaksa berpuas hati mencatat keputusan seri 1-1 menentang Penang FC dalam aksi di Stadium Negeri, Kuching.

Beraksi di halaman sendiri, Sarawak terdahulu dikejutkan dengan jaringan pembukaan pemain Penang, Anselmo Arruda da Silva pada minit ke-73 sebelum berhasil menyamakan kedudukan menerusi Boris Kok pada minit ke-83 dan keputusan kekal sehingga wisel penamat ditiup. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Penang FC Benam KDN FC 3-0

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad