web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbuka Korea Selatan, Jin Wei Kejutkan Pemain Jepun

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2022 3:00PM

Goh Jin Wei - Gambar dari Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei membuat kemunculan semula dengan bergaya apabila mengejutkan pemain Jepun Asuka Takahashi pada pusingan pertama Terbuka Korea Selatan hari ini.

Jin Wei yang berada di ranking ke-127 selepas kali terakhir membuat penampilan dalam kejohanan pada Jun tahun lepas, bagaimanapun memerlukan 53 minit untuk menjinakkan lawannya di ranking ke-52, dengan kemenangan 21-19, 16-21, 21-17.

Pemain berusia 22 tahun dari Pulau Pinang itu akan berdepan wakil tuan rumah Lee Se Yeo pada pusingan kedua, yang terdahulu menewaskan pemain Israel Ksenia Polikarpova 21-7, 21-8.

Turut melangkah ke pusingan kedua, gandingan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang mengenepikan beregu lelaki dari India Bokka Navaneeth-Reddy B. Sumeeth 21-14, 21-12.

Pilihan keenam kejohanan itu akan berdepan pasangan muda dari Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin yang menyingkirkan Hiroki Okamura-Masayuki Onodera dari Jepun 7-21, 21-13, 21-13.

Turut cemerlang, pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong yang menang ke atas pemain Finland Kalle Koljonen 21-13, 21-15 untuk menempah pertemuan dengan pemain Korea Selatan Kim Donghun yang menewaskan Kai Schaefer dari Jerman 21-18, 21-12. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar