web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Futsal AFF, Malaysia Tundukkan Kemboja 7-6

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 9:16AM

Malaysia menewaskan Kemboja pada saingan Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Bangkok, semalam. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad futsal lelaki negara bermula dengan langkah kanan pada saingan Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Bangkok, Thailand apabila menewaskan pasukan Kemboja 7-6.

Serangan bertali arus skuad negara kendalian Chiew Chun Yong dalam aksi awal Kumpulan A itu berhasil memaksa pasukan lawan melakukan kesilapan dua kali dengan menjaringkan gol ke gawang sendiri.

Malaysia mendahului pada babak pertama permainan setelah pemain Kemboja, Ros Sichamroeun tertampan bola rembatan pemain negara yang kemudiannya melewati gawang gol mereka sendiri pada minit pertama.

Tersentak dengan gol awal itu, Kemboja cuba menutup kesilapannya dengan menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan Orkchan Sereyvong pada minit keenam.

Jaringan pemain negara Mohd Khairul Effendy pada minit kesembilan untuk mendahului Kemboja 2-1 tidak bertahan lama apabila Kemboja berjaya menyamakan kedudukan 2-2 melalui Ros Sichamroeun pada minit ke-17.

Aksi mengejar mata tidak terhenti apabila Kemboja pula menjaringkan gol ketiga menerusi Diamant Prum pada minit ke-18 sebelum Malaysia membalas jaringan penyamaan menerusi Saiful Nizam Ali pada minit ke-20.

Pada babak kedua, skuad negara memulakan asakan jaringan menerusi Abu Haniffa Hassan pada minit ke-23 yang kemudiannya kembali diikuti rapat Kemboja menerusi Orkchan Sereyvong selang dua minit kemudian menjadikan kedudukan 4-4.

Dominasi pasukan Malaysia kemudiannya menghukum pasukan Kemboja apabila Ros Sichamroeun melakukan kesilapan sekali lagi dengan tertampan bola rembatan pemain negara ke kawang sendiri pada minit ke-29.

Abu Haniffa kemudian memberi kelegaan sementara buat negara menerusi jaringan pada minit ke-32 meletakkan negara mendahului selesa dengan kedudukan 6-4.

Kemboja kemudian merapatkan kedudukan menerusi jaringan Chanmony Tong pada minit ke-33 sebelum pemain negara Mohd Khairul menjaringkan gol pada minit ke-39 menjadikan kedudukan 7-5.

Kemboja bagaimanapun terpaksa akur apabila sekadar mampu menjaringkan satu lagi gol di minit terakhir babak kedua permainan sekali gus memutlakkan kemenangan buat negara.

Skuad negara selepas ini akan meneruskan saingan dengan menentang pasukan Indonesia pada 4 April dalam aksi Kumpulan A.

Di BANGKOK, jurulatih futsal negara Chiew Chun Yong berkata perlawanan pembukaan yang juga perlawanan antarabangsa pertama selepas dua setengah tahun, sebenarnya ‘tidak seperti yang dijangkakan’ terutamanya pada separuh masa pertama.

“Kebanyakan pemain tidak mengikuti rancangan permainan dengan baik. Seperti yang anda lihat, kesemua enam gol datang daripada serangan balas. Ini bermakna pertahanan kita tidak cukup baik.

"Ini adalah aspek yang perlu kita perbaiki dalam perlawanan seterusnya," katanya kepada Bernama.

Diundi dalam Kumpulan A, bersama-sama Indonesia, Kemboja, Brunei dan juara bertahan Thailand, Chiew berkata pasukan itu perlu bertindak segera dalam perlawanan akan datang. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam