web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbuka Switzerland: Aaron-Wooi Yik Ke Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 8:29AM

Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan beregu dari Jerman dalam misi memburu kejuaran sulung di peringkat antarabangsa. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir Kejohanan Terbuka Switzerland 2022 di Basel, malam tadi.

Aaron-Wooi Yik, yang juga pilihan kedua kejohanan, hanya memerlukan 33 minit untuk menewaskan beregu dari Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel, 21-11, 21-13, sekali gus meneruskan misi memburu kejuaran sulung mereka pada peringkat antarabangsa.

Dalam set pertama, Aaron-Wooi Yik bermula cemerlang apabila mudah mengutip mata demi mata bagi mengatasi beregu pilihan ketujuh tersebut.

Skrip sama berulang pada set kedua apabila Lamsfuss-Seidel terus-menerus melakukan kesilapan di jaring dan peluang tersebut digunakan beregu negara untuk memuktamadkan kemenangan.

Gandingan negara yang dibentuk sejak 2017 itu belum pernah meraih sebarang gelaran antarabangsa dengan pencapaian terbaik mereka sekadar naib juara pada Terbuka SaarLorLux 2018, All England 2019 dan Terbuka Thailand 2020.

Aaron-Wooi Yik dijangka berdepan sama ada rakan senegara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi atau beregu dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang akan berentap pada pusingan suku akhir itu.

Dalam pada itu, perseorangan wanita negara S. Kisona gagal mengekalkan momentum kemenangan ke atas perseorangan nombor satu dunia Saina Nehwal dari India, apabila tewas pada pemain Thailand, Supanida Katethong, 11-21, 12-21.

Nasib sama turut menimpa pasangan beregu wanita Anna Cheong-Teoh Mei Xing apabila kecundang 18-21, 18-21 di tangan beregu Jerman, Linda Efler-Isabel Lohau.

Satu lagi pasangan beregu wanita negara Lim Chiew Sien-Vivian Hoo akan turun beraksi pada peringkat suku akhir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Aaron, Wooi Yik Berdepan Beregu Nombor 1 Dunia 

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Terbuka Indonesia: Jun Hao Teruskan Aksi Cemerlang, Aaron- Wooi Yik 'Pulang Awal'

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Aaron-Wooi Yik Terlepas Gelaran All England

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad