web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Azizulhasni Awang Rancang Bersara Selepas Sukan Olimpik Paris 2024

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 11:40AM

Mohd Azizulhasni Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Olahragawan Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2020, Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menamatkan era kegemilangannya sebagai pelumba basikal trek selepas Sukan Olimpik Paris 2024.

Pemenang pingat perak dan gangsa acara keirin masing-masing pada dua edisi terakhir Sukan Olimpik itu merancang untuk bersara selepas beraksi di Paris yang akan menjadi penampilan kelimanya di pentas temasya sukan berprestij itu.

“Jadi Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun ini merupakan penampilan terakhir saya. Justeru, saya ingin berikan sepenuh perhatian untuk memastikan saya dapat beraksi dengan cemerlang dan sekali lagi mencipta sejarah buat sukan tanah air kita,” katanya.

Bekas juara dunia itu berkata demikian dalam klip video ucapannya selepas dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada majlis ASN 2019/2020 yang berlangsung di sini, semalam.

Mohd Azizulhasni yang diberi julukan ‘The Pocket Rocketman’ memohon maaf kerana jadual latihan di Melbourne, Australia menghalangnya untuk menghadiri majlis gilang gemilang itu.

“Untuk pengetahuan semua, saya kini sedang giat menjalani latihan persiapan untuk Sukan Komanwel yang hanya berbaki 128 hari dan Sukan Asia yang berbaki 170 hari lagi,” kata atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Sukan Komanwel 2022 akan berlangsung di Birmingham, United Kingdom bermula Julai ini dan Sukan Asia di Hangzhou, China dijadual pada September.

Sementara itu, Mohd Azizulhasni menzahirkan terima kasih kepada semua pihak antaranya Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan Majlis Sukan Negeri Terengganu atas kejayaan dipilih sebagai Olahragawan Kebangsaan 2019/2020.

Ia merupakan kali keempat beliau dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan selepas turut dinobatkan pemenang anugerah berprestij itu pada 2009, 2010 dan 2017.

Sebagai rekod, pada Ogos tahun lepas Mohd Azizulhasni memberi bayangan mungkin akan bersara selepas Sukan Olimpik Paris 2024. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan