web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Kenapa Malaysia Gagal Menjuarai Piala AFF 2020'? - Kim Pan Gon

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 4:53PM

Kim Pan Gon memantau sesi latihan pemain skuad kebangsaan di Kem Latihan Pusat Skuad Kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua hari menjelang saingan Tiga-Negara FAS 2022 di Singapura, Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon membangkitkan persoalan mengapa Malaysia gagal menjuarai Kejuaraan Piala AFF 2020 yang berlangsung di republik itu, Disember lepas.

Pan Gon turut berpandangan bahawa skuad Harimau Malaya yang dibimbing bekas pengendali Tan Cheng Hoe sepatutnya muncul juara kejohanan dwitahunan itu sekali gus merangkul gelaran kedua sejak kali terakhir memenanginya pada 2010.

Pemain sayap lincah negara, Muhammad Faisal Abdul Halim berkata persoalan dan pandangan jurulatih dari Korea Selatan itu disuarakan kepada barisan pemain negara yang kini berada dalam kem latihan pusat, semalam.

"Dia (Pan Gon) kata kenapa kita tak menjuarai Piala AFF, dia kata kita sepatutnya juara, dia cakap kita pasukan yang bagus dan dia datang ke sini bukan untuk melatih atau mengajar kita, dia datang sini untuk menyokong kita dan beri satu perubahan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan terakhir pasukan negara sebelum berlepas ke Singapura esok, di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, pagi ini.

Pemain Terengganu FC itu berkata apa yang disuarakan Pan Gon menampakkan kesungguhannya yang luar biasa, malah Pan Gon turut mahukan setiap pemain negara masing-masing memikirkan akan nama baik yang dibawa ketika mewakili skuad kebangsaan.

Menurut Muhammad Faisal, Pan Gon berkata: ''Saya orang Korea saya boleh latih awak semua begitu tegas tetapi saya tak nak sebab awak semua profesional, awak boleh fikir you're a father, a son, you're a man and you're a boyfriend.

Dalam pada itu, bekas pemain Sri Pahang FC itu berkata Pan Gon turut menyenaraikan beberapa perkara yang dilarang dilakukan barisan pemain negara dan akan mengenakan denda jika terdapat yang melanggar arahannya.

Katanya 'peraturan' itu secara tidak langsung menjadikan hubungan antara pemain lebih bagus selain pemain lebih teratur dan berdisiplin, namun jelasnya semua itu tidak memaksudkan disiplin barisan pemain sebelum ini tidak baik.

"Kita ada senarai yang kena buat sekarang kalau tak buat kena denda, jadi pemain semua dapat ikut dengan baik. Dalam senarai itu contohnya kalau kita salah pakai kasut pergi latihan pun ada dia punya denda dalam RM50 hingga RM100 dan pada hari perlawanan kita tak boleh main telefon," katanya.

Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Singapura esok bagi memulakan saingan Siri Tiga-Negara FAS menentang Filipina pada Rabu dan skuad tuan rumah (26 Mac) pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1.

Pasukan bimbingan Pan Gon akan menamatkan siri perlawanan persahabatan di Singapura yang juga persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun, dengan bertemu kelab tempatan Albirex Niigata FC pada 28 Mac ini. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja