web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hatrik Ronaldo Cipta Sejarah

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 7:53AM

Ronaldo (kiri) meraikan gol keduanya bersama Sancho. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BRIGHTON - Cristiano Ronaldo menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak lelaki selepas hatriknya memberi kemenangan 3-2 ke atas Tottenham awal pagi tadi.

Bintang Portugal itu hanya menjaringkan satu gol dalam 10 perlawanan yang lepas dengan khabar angin mengatakan beliau sedang mempertimbangkan masa depannya bersama United.

Komitmen penyerang berusia 37 tahun itu dipersoalkan selepas beliau dikatakan pulang ke Portugal hujung minggu lepas.

Dia yang digugurkan dari skuad kerana kecederaan pinggul tidak bersama rakan sepasukan yang lain di stadium menonton kekalahan 4-1 United kepada Manchester City

Pengurus interim United Ralf Rangnick juga akur yang beliau tidak tahu sama ada Ronaldo gembira bermain untuk kelab itu.

Tetapi Ronaldo membuktikan komitmennya kepada United dengan menjaringkan hatrik pertamanya buat United sejak 2008 di Old Trafford.

Gol pertamanya hadir di minit ke-12 dengan rembatan derasnya mengalahkan penjaga gol Tottenham Hugo Lloris.

Harry Kane menyamakan kedudukan pada minit ke-35 dengan menyempurnakan sepakan penalti, selepas Alex Telles dipersalahkan kerana bola terkena tangannya.

Tiga minit kemudian, Ronaldo kembali meletakkan United di hadapan dengan menyudahkan hantaran Jadon Sancho.

Harry Maguire kemudian menjaringkan gol sendiri untuk gol penyamaan kedua Tottenham.

Namun begitu, tandukan Ronaldo dari sepakan penjuru Telles pada minit ke-81 memberikan dirinya gol ke-807 dalam kariernya.

Ini menjadikan Ronaldo penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak lelaki mengikut statistik FIFA, mengatasi Josef Bican.

Persembahan Ronaldo membawa United kembali ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris. - AFP

Keputusan lain: 

Brighton 0 Liverpool 2

Brentford 2 Burnley 0

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Ronaldo Akan Tinggalkan Manchester United Serta-Merta

3

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

3

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad