Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Sikap Cepat Mengalah Yang Mengecewakan

Ramai peminat bola sepak negara meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui pasukan bola sepak wanita Malaysia tidak akan bertanding di Sukan SEA. Ini pendapat Senah Sports tentang keputusan itu.

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 1:59PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kejayaan penganjuran dan penyertaan bukan satu, tapi dua, pertandingan liga bola sepak wanita - satu anjuran Kuala Lumpur Women’s Football Championship dan satu anjuran Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) - pada akhir 2021 memberi gambaran bahawa Malaysia turut serta dalam arus kebangkitan bola sepak wanita antarabangsa. 

Harapan penulis, ini merupakan titik tolak pembangunan sukan tersebut di Malaysia - dan mungkin juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan tergerak untuk bertindak memajukan bola sepak wanita untuk berdiri sejajar dengan pasukan lelaki negara. 

Dan minggu lepas, nampaknya memang jelas FAM bertindak - namun sama sekali tidak dalam arah yang diharapkan, bukan sahaja untuk penulis, tetapi untuk aktivis dan pendukung sukan negara juga. 

Walaupun bukan kali pertama kita tidak menghantar skuad bola sepak wanita ke Sukan SEA, alasan yang diberikan oleh FAM begitu mengecewakan. 

Datuk Soraya Yaacob memberi justifikasi keputusan tersebut, “Maklumat yang kami dapati ialah skuad pilihan seperti Thailand, Vietnam dan Myanmar serta Filipina memiliki kelebihan yang sukar untuk pasukan negara saingi ketika ini.

“Selepas mengambil kira keputusan pasukan negara di edisi 2017 dan 2019 serta berdasarkan prestasi semasa, kami memutuskan tidak bertanding pada edisi Sukan SEA kali ini.” (Sumber: Sinar Harian)

Wah, belum bertanding sudah menyerah, getus ramai netizen dan sentimen ini memang benar. Tetapi adakah sesuai alasan ‘pasukan lain lebih baik’ digunakan? 

Kalau begitu, mungkin penyertaan skuad lelaki juga patut dipertimbangkan semula. Prestasi mereka juga tidak memberangsangkan akhir-akhir ini. 

Malah, kalau logik begitu yang hendak digunakan, tolak sukan badminton, terjun papan anjal dan lumba basikal, tidak perlulah kita hantar mana-mana atlet ke kejohanan luar. Kalau sudah diintai dan atlet kita tidak setaraf Usain Bolt lajunya, buat apa bertanding, bukan? 

Penulis berasa alasan yang mudah ini diberi untuk mengalih pandangan kita dari masalah sistemik pembangunan bola sepak negara, sebenarnya. 

Yalah, kalau semua giat berbincang tentang dangkalnya alasan yang diberi, mungkin tidak ada ruang yang diberi untuk bertanya soalan-soalan yang lebih mendalam. 

Soalan seperti: kenapakah keadaan bola sepak wanita negara menjadi sebegini teruk?

Kita bukan muka baru dalam sukan bola sepak wanita. Walaupun tidak pernah menjadi juara Asia, skuad wanita kita pernah mendapat tempat ke-4 pada kejohanan Asia 1975 dan tempat ke-3 pada kejohanan Asia 1983. Tahun 2007, dalam kejohanan AFF, skuad wanita mendapat tempat ke-4.

Pada peringkat sukan SEA, kita pernah menjadi naib johan pada tahun 1995. Malahan, pencapaian yang dikatakan tidak baik pada 2017 dan 2019 yang mencetus keputusan tidak menghantar pasukan ke Sukan SEA 2022 sebenarnya berlaku selepas Malaysia mendapat tempat ke-4 pada Sukan SEA 2013. 

Soalan yang perlu ditanya: apa yang dibuat dalam senggang masa antara 2013 dan 2017 hinggakan prestasi menurun? Dan kenapakah negara lain yang turut bersaing dengan kita ketika kita hebat menjadi semakin hebat, tetapi tidak kita? 

Jika kita meneliti Pelan Pembangunan Bolasepak Negara (2014-2020), ada sedikit ruang yang diberikan untuk pembangunan bola sepak wanita, walaupun ianya lebih tertumpu kepada pembangunan tunas dan di peringkat sekolah.

Ini tidak dinafikan kepentingannya, kerana kita perlu memastikan adanya ‘conveyor belt’ menghasilkan bakat secara berterusan.

Tetapi tidak banyak pula disebut dalam dokumen ini tentang apa yang kita perlu lakukan setelah mereka keluar dari sekolah (mungkin dalam dokumen 2021 dan seterusnya?) dan juga usaha memastikan agar bakat yang ada terus digilap. 

Jika kita tinjau rakan serantau yang disebut oleh Datuk Suraya - Thailand, Vietnam, Myanmar dan Filipina, keempat-empat negara ini memang ada sesuatu yang tidak dimiliki oleh Malaysia iaitu liga wanita tempatan. 

Kenapa liga tempatan begitu penting dalam memastikan mutu bola sepak bertambah baik? Mudah sekali - kerana ia memberi para pemain ‘game time’ - masa bermain.

Di Malaysia, kita hanya ada Piala Tun Sharifah Rodziah, tetapi ini bukan pertandingan format liga jangka masa panjang. 

Ya, memang FAM ada menyatakan hasrat untuk menganjurkan liga mengikut zon berikutan kejayaan FAS Women’s Super League dan KL Women’s Football Championship tempoh hari, tetapi kita perlu ingat, bukan semalam sukan bola sepak wanita ini wujud di negara kita - ia sudah ada sejak penulis sendiri belum lahir pun! 

Jadi lagi satu soalan: kenapa kita belum ada liga, sedangkan rakan serantau sudah jauh ke hadapan dalam soal ini? 

Kita tidak minta liga profesional serta-merta. Tidak guna pun ada liga profesional kalau gaji pemain tidak dibayar, tetapi sekurang-kurangnya, adalah ruang pertandingan yang konsisten, supaya pemain negeri dan kebangsaan tidak perlu menyertai liga sosial dan amatur untuk mendapatkan masa bermain! 

FIFPro, kesatuan pemain bola sepak antarabangsa, baru-baru ini mengeluarkan laporan yang menyatakan bahawa satu masalah besar bola sepak wanita sekarang ialah kekurangan masa bermain dan bagaimana ini menjejaskan prestasi mereka, termasuk pemain profesional. 

Wujudnya liga tempatan sekurang-kurangnya akan memberi ruang pemain kebangsaan wanita kita menyelesaikan masalah kurang masa bermain - serta memberi ruang untuk menggilap bakat baharu dan memberi persaingan yang sihat. 

Tidak perlu lagi pemain bola sepak wanita negara terpaksa mencari pengalaman di luar negara untuk masa bermain konsisten seperti penjaga gol kita, Azurin Mazlan; atau perlu mencari tempat bermain di akademi luar negara untuk mengembangkan bakat, seperti Celine Chuang

Jangan diperlekehkan liga tempatan: Vietnam layak ke piala dunia dengan skuad kebangsaan wanita yang semuanya bermain dalam liga tempatan - sepertimana juga China. 

Ini baru bercerita tentang liga. Belum lagi kita buka bab pelaburan dalam sukan ini dan bagaimana peruntukkan untuk bola sepak wanita yang diberi oleh FIFA kepada FAM digunakan. 

Ya, lagi satu soalan: Fasiliti latihan, akses kepada kepakaran kejurulatihan bukan sahaja teknikal tetap strength and conditioning serta psikologi - adakah setara dengan pasukan lelaki? Memang tidak cukup ruang di sini untuk mengupas kesemuanya. 

Malaysia sebenarnya tidak ketandusan bakat. Jauh sekali. Dalam apa juga bidang sekalipun, kita orang Malaysia tidak kurang hebatnya. 

Apa yang kita kurang adalah pelan dan polisi yang kukuh untuk membangunkan, memelihara dan menyokong bakat yang ada. 

Penulis tidak mahu menyeru jawatankuasa yang bertanggungjawab membangunkan bola sepak wanita negara untuk meletak jawatan. 

Sebaliknya, penulis ingin memanggil ke arah berlapang dada dan ‘growth mindset’. Penulis ingin mengajak mereka turun ke padang bersama-sama dengan peminat, pendukung dan aktivis bola sepak wanita negara untuk menggembleng idea untuk mempertingkatkan sukan ini. 

Ini peluang sebenarnya, untuk kita mencorakkan liga bola sepak wanita sepertimana yang kita mahu, dan tidak bergantung kepada struktur sedia ada dalam bola sepak lelaki yang kita tahu ada kepincangannya. 

 Ayuhlah. Di kala bola sepak wanita semakin rancak di seluruh dunia, apakah Malaysia akan terus berdiam diri dan, sekali lagi, tertinggal di belakang? - Getaran, 6 Mac 2022 


 

Isu Pada

Gemilang Seni Khai Bahar

05 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 9 bulan yang lalu

PRN: Noh Omar Sahkan Tidak Bertanding, Tapi Akan Pastikan BN-PH Kalah

2

Sukan 10 bulan yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

3

Sukan 10 bulan yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

4

Sukan 10 bulan yang lalu

Kontroversi Sukan SEA: ‘Saya Tidak Akan Minta Maaf Kerana Menghantar Atlet Muda – Hannah

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan

Semasa 1 hari yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Gemar Utus Kad Raya, Lebih Unik Dan Sangat Klasik

Semasa 8 jam yang lalu

Penternak Ikan Air Tawar Berdepan Risiko Kerugian Akibat Cuaca Panas