web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejohanan Dunia: Pasukan Hoki Ais Negara Tempuh Pelbagai Cabaran

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 2:08PM

Gambar: Faisal Jaafar, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Pasukan hoki ais lelaki kebangsaan berdepan pelbagai cabaran menjelang penampilan sulung skuad itu pada Kejohanan Dunia Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) 2022 Bahagian IV di Bishek, Kyrgyzstan, dari 3 hingga 9 Mac ini. 

Bukan sahaja pasukan tersebut dijangkiti COVID-19, penularan virus itu turut menjejaskan persediaan mereka dalam menghadapi aksi di negara Asia Tengah itu.

Selain ketua jurulatih Gary Tan, yang baru saja dilantik untuk mengendalikan skuad itu tiga minggu lepas, lima daripada 20 pemain turut didapati positif COVID-19.

“Saya tidak mempunyai banyak masa untuk mengenali anak buah saya secara bersemuka kerana saya didapati positif COVID-19 seminggu lebih selepas dilantik pada 6 Feb.

“Apa yang dapat saya lakukan ketika tempoh kuarantin adalah melatih mereka secara dalam talian, berbanding latihan secara bersemuka di gelanggang ais… nasib baik mereka yang positif berada dalam keadaan baik dan boleh mewakili negara di Kyrgyzstan,” Gary memberitahu Bernama ketika dihubungi.

Namun, ujian yang dihadapi mereka tidak berhenti setakat itu.

Selepas kejohanan itu, yang sepatutnya diadakan pada 2020, ditunda ke tahun ini, jurulatih berusia 43 tahun itu berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa sebelum ini telah membataskan persediaan skuad berkenaan.

“Pemain kita kembali menjalani latihan September lepas, sedangkan pasukan lain telah bersiap sedia sebaiknya untuk pertandingan itu.. sebahagian mereka tidak mengikuti ‘lockdown’ dan berlatih secara konsisten seperti biasa,” katanya.

Selain itu, bekas ketua jurulatih Indonesia itu berkata penutupan pusat latihan mereka sebelum ini di Stadium Luncur Ais Kebangsaan (MYNISS) di Empire City Damansara ekoran PKP, iaitu satu-satunya gelanggang ais bersaiz Olimpik di negara ini, memburukkan lagi situasi.

Walaupun kejohanan di Kyrgyzstan akan menggunakan gelanggang ais bersaiz Olimpik, Gary berkata mereka tiada pilihan melainkan untuk terus berlatih di atas gelanggang yang lebih kecil di Sunway Pyramid dan IOI City Mall.

Meskipun pelbagai aral yang menimpa, bekas atlet kebangsaan itu berkata anak buahnya masih bersemangat untuk memberikan yang terbaik dan membanggakan negara pada kejohanan itu.

“Persediaan berjalan dalam suasana yang sukar tetapi pujian harus diberi kepada pemain kerana mereka bekerja keras dalam latihan, sama ada secara dalam talian atau bersemuka,” katanya.

Ditanya tentang sasarannya, Gary berkata beliau akan sangat gembira jika pasukannya dapat meraih satu atau dua kemenangan dalam kejohanan berformat liga itu.

Bukan itu sahaja, Gary berkata beliau akan memastikan Malaysia memberi tentangan sengit kepada lawan mereka dalam pertandingan di Gorodskoi Katok itu.

Pasukan negara, yang akan berlepas ke Kyrgyzstan hari ini (1 Mac), bakal memulakan kempen dengan menentang Kuwait pada 3 Mac, diikuti tuan rumah (5 Mac), Iran (7 Mac) dan Singapura pada 8 Mac. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

3

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad