web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khairy Nafi Dakwaan Syed Saddiq, Kelantan Tak Pernah Dianaktiri Anjur SUKMA

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 8:24PM

Syed Saddiq sebelum ini menerusi akaun rasmi TikToknya mendakwa beliau telah mengembalikan semula hak penganjuran Sukma kepada Kelantan. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan Kelantan tidak pernah dianaktirikan dalam pemilihan sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

Jelasnya, sewaktu menyandang portfolio Menteri Belia dan Sukan dari 2013 hingga 2018, Kelantan pernah ditawarkan menjadi penganjur temasya berkenaan melalui beberapa Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA selepas edisi Perlis 2014 berjaya dianjurkan dengan cemerlang. 

Menurut beliau, pemilihan tuan rumah temasya sukan itu dibuat secara saksama melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang dianggotai 14 Exco Belia dan Sukan Negeri, selain tertakluk kepada kesanggupan dan kesediaan negeri yang dipilih.

“Mengikut penggiliran negeri penganjur, selepas SUKMA Sarawak 2016, hak penggiliran penganjuran akan kembali ke negeri di Pantai Timur. 

"Kelantan yang belum pernah menganjurkan Sukan Malaysia merupakan pilihan. Namun, kerajaan Kelantan ketika itu tidak bersedia untuk menganjurkannya atas beberapa kekangan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Malah Khairy berkata, semasa membuat keputusan SUKMA 2018 kepada Perak dan SUKMA 2020 kepada Johor, pihaknya turut mengalu-alukan agar Kelantan mempertimbangkan untuk menjadi tuan rumah SUKMA 2022.

Katanya, cadangan itu dibuat supaya SUKMA dapat dibawa kepada rakyat di negeri itu.

Berdasarkan penjelasan diberikan, beliau yang juga Menteri Kesihatan menafikan dakwaan dilemparkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung perkara tersebut.

“Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa Kelantan tidak pernah sesekali dianaktirikan dalam pemilihan sebagai penganjur SUKMA seperti dakwaan yang dibuat.

“Malahan, tiada satu negeripun yang dianaktirikan sewaktu saya menerajui Kementerian Belia dan Sukan dalam apa-apa hal sekalipun,” katanya.

Sebelum ini, Syed Saddiq menerusi akaun rasmi TikToknya mendakwa, beliau mengembalikan semula hak penganjuran Sukma kepada Kelantan sekali gus menggambarkan seolah-olah Menteri sebelumnya menafikan hak tersebut. - Getaran, 20 Februari 2022

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar