web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BATC: Malaysia Layak Ke Separuh Akhir Lepas Kalahkan Kazakhstan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 8:01AM

Aidil Sholeh memberikan mata pertama buat negara menentang Kazakhstan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pemain-pemain muda Malaysia mengalahkan Kazakhstan 5-0 untuk melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, sekali gus layak ke Piala Thomas.

Walaupun merehatkan pemain perseorangan utama Lee Zii Jia, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao, serta pasangan beregu utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang membantu Malaysia mengatasi Singapura 5-0 semalam, pemain-pemain muda berjaya memberikan permainan terbaik untuk mengetepikan Kazakhstan, yang lebih dikenali untuk sukan seperti tinju dan angkat berat.

Aidil Sholeh Ali Sadikin, 22, memberikan mata pertama negara di Pusat Konvensyen Setia City, dengan mengalahkan pemain berusia 29 tahun Artur Niyazov 21-11, 21-12.

Seorang lagi pemain muda Lim Chong King menjadikan 2-0, dengan mengalahkan Khaitmurat Kulmatov 21-11, 21-11 manakala pemain termuda dalam pasukan Jacky Kok Jing Hong, 20, mengesahkan kemenangan Malaysia dengan mengalahkan Makshut Tajibullayev 21-8, 21-4.

Dua permainan beregu mudah bagi pasangan Malaysia, apabila pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengatasi Jangir Ibrayey-Ilya Lysenko 21-5, 21-5 dalam masa 17 minit, manakala Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani, mengalahkan Andrey Shalagin-Tajibullayey 21-8, 21-4 dalam masa 15 minit bagi mencatatkan kemenangan 5-0.

Bercakap kepada media selepas perlawanan, Aidil Sholeh yang bermain buat kali pertama dalam acara berpasukan berharap untuk memperbaiki strategi dan mentalnya pada perlawanan seterusnya.

“Saya tak berapa selesa pada awal, mungkin kerana gugup, tetapi selepas 11 mata baru dapat momentum dan selesa untuk bermain,” katanya.

Sementara itu Jacky Kok yang bersyukur kerana diberikan peluang untuk memberikan satu mata untuk pasukan berkata beliau mengambil peluang itu untuk belajar menghadapi tekanan dalam gelanggang dan pengalaman daripada pemain utama.

“Motivasi saya adalah untuk sentiasa buat yang terbaik bagi diri saya dan bekerja lebih keras untuk capai misi dalam mana-mana perlawanan atau kejohanan yang dihantar,” katanya berharap akan terpilih untuk bermain di Piala Thomas tahun ini.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Singapura berjaya mengatasi Jepun 3-2.

Malaysia akan berhadapan Jepun esok, manakala Singapura akan bertemu Kazakhstan bagi menentukan pemenang kumpulan dan satu lagi tempat ke separuh akhir.

Pasukan wanita negara juga telah layak ke separuh akhir selepas mengalahkan Jepun selaku juara bertahan 3-2 pada Selasa dan India kelmarin.

Undian untuk pusingan empat terakhir dijangka akan diadakan pada Jumaat malam.

Empat pasukan (lelaki dan wanita) di BATC akan secara automatiknya layak ke Piala Thomas dan Uber 2022 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailang pada Mei. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran