web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pan Gon Mahu Bawa Malaysia Ke Piala Dunia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 6:37PM

Pan Gon (tengah) bersama barisan para jurulatih pada sidang media memperkenalkan jurulatih Baharu Skuad Harimau Malaya di Wisma FAM Kelana Jaya hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu Kim Pan Gon menyasarkan untuk membawa skuad kebangsaan itu ke satu tahap baharu dan melebihi rantau Asia Tenggara pada masa hadapan.

Dalam menjadikannya kenyataan, Pan Gon yang memulakan tugasnya di Kelana Jaya hari ini, merancang untuk meletakkan asas yang kukuh selain membantu pemain muda dibangunkan dengan baik, dalam usaha membantu pasukan kebangsaan layak ke Piala Dunia suatu hari nanti.

Tanpa menyatakan edisi Piala Dunia yang mana, Pan Gon percaya beliau mampu untuk membawa Malaysia ke kejohanan bola sepak utama itu, kerana rantau Asia akan diberikan sehingga sembilan slot pada masa hadapan.

“Kami (termasuk pasukan pengurusan) akan bina asas yang kuat dahulu dan bergerak kehadapan dengan memfokuskan kepada suatu yang lebih besar, iaitu layak ke peringkat akhir Piala Dunia.

“Piala Dunia pada masa hadapan, Asia boleh dapat sembilan slot, bagi layak ke akhir, jadi saya rasa saya nak sediakan untuk itu,” katanya dalam sidang medianya yang pertama selepas dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya bulan lepas.

Piala Dunia FIFA 2026 yang akan berlangsung di tiga negara iaitu Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat merupakan edisi pertama mempunyai 48 pasukan bertanding, berbanding 32 pasukan pada masa ini.

Oleh kerana Piala Dunia akan menjadi sasaran jangka panjangnya, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu berkata beliau akan cuba untuk membuatkan peminat gembira dengan memberikan keputusan yang baik untuk pasukan kebangsaan.

Beliau yang melihat bahawa pasukan Harimau Malaya mempunyai potensi untuk membuat impak yang besar di masa hadapan, namun menyatakan bahawa pemain masih lagi kekurangan tahap keyakinan apabila mereka di padang.

“Mereka (pemain) perlu percaya yang mereka adalah cukup baik, boleh capai lebih daripada peringkat Asia Tenggara … Saya akan bantu mereka untuk dapatkan keyakinan dan buatkan pasukan kuat sebagai satu pasukan dan bersatu,” katanya.

Ditanya mengenai apa yang menarik beliau untuk mengambil alih pasukan kebangsaan, bekas ketua jurulatih Hong Kong itu menyatakan bahawa projek baharu beliau ini sebagai menarik kerana pasukan Malaysia berpotensi besar untuk pergi jauh.

“Sebaik saya menerima tawaran ini, saya tidak teragak-agak untuk menerimanya dan ia amat menarik kerana walaupun saya boleh ke Piala Dunia 2022 di Qatar bersama pasukan kebangsaan Korea Selatan, tetapi apa yang paling menarik bagi saya ialah untuk bersama Malaysia.

“Saya boleh katakan, terdapat satu ruang penambahbaikan yang besar dan saya boleh lihat potensi yang banyak jika kita boleh perbetulkan beberapa perkara, untuk Malaysia meningkat ke satu tahap yang lain,” kata bekas Pengarah Pasukan Kebangsaan Persatuan Bola Sepak Korea Selatan.

Pan Gon juga akui bahawa menjadi ketua yang baharu kepada Harimau Malaya menjadi suatu perkara terbesar dalam karier pengurusannya, kerana beliau tahu peminat tentunya meletakkan harapan tinggi untuk beliau mengembalikan pasukan negara ke zaman kegemilangannya.

Program hari ini juga menyaksikan pengenalan barisan kejurulatihannya termasuk penolong jurulatih Pau Marti Vicente dari Sepanyol, jurulatih penjaga gol Cho Jun Ho, jurulatih kecergasan Dr Gokhan Kandemir dan penganalisis Lim Jaehun.

Pan Gon dilantik mengantikan Tan Cheng Hoe, yang meletakkan jawatannya bulan lepas dengan mengambil tanggungjawab penuh ke atas kegagalan Malaysia di Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Singapura, Disember lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 6 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 9 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi