web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Man City Belasah Sporting Lisbon, Hampiri Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 8:01AM

Silva (kanan) meraikan gol keduanya menentang Sporting. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LISBON - Pep Guardiaola menegaskan Manchester City masih ada ruang untuk penambahbaikan selepas dua gol jaringan Bernardo Silva membantu pasukan itu membelasah Sporting Lisbon 5-0 dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.

Pasukan kendalian Guardiola memberi persembahan yang cukup bergaya di Stadium Jose Alvalade untuk memberi diri mereka peluang yang cerah untuk layak ke pusingan seterusnya sebelum aksi timbal balik kedua di Manchester pada 9 Mac.

Riyad Mahrez membuka jaringan dan Silva menambah kelebihan sebelum Phil Foden menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-32 perlawanan.

Dengan City semakin garang, Silva menjaringkan gol keduanya dan Raheem Sterling melengkapkan jaringan buat juara England itu.

City tanpa kalah dalam 13 perlawanan terakhir mereka, urutan yang merangkumi 12 kemenangan.

Ujian yang lebih getir menanti pasukan itu di hadapan tetapi persembahan ini semestinya menghantar mesej yang kedengaran di seluruh benua Eropah.

“Perbezaan di antara kedua-dua pasukan bukanlah keputusan 5-0, tetapi kami lebih cermat menyudahkan peluang. Kami menghukum mereka.

“Kami ada mensia-siakan hantaran. Berdepan dengan pasukan kuat di Eropah perkara itu akan dihukum.

“Kami ada satu lagi perlawanan untuk diharungi sebelum layak ke suku akhir. Para pemain mengenali saya dan mereka tahu pasukan ini boleh memberi persembahan yang lebih baik.

“Jangan salah faham, saya gembira dengan keputusan ini, tetapi kami boleh beraksi dengan lebih baik. - AFP

Keputusan lain:

PSG 1 Real Madrid 0

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad