web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MotoGP: Razlan Tidak Nampak Bayangan Pelumba Malaysia Sertai Pasukannya

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 2:28PM

Razlan Razali - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peminat sukan permotoran tanah air mungkin terpaksa melupakan seketika impian melihat kelibat pelumba Malaysia beraksi di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Ini selepas prinsipal pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP Racing Team, Datuk Razlan Razali memberi bayangan tiada seorang pun pelumba tempatan berpotensi menyertai pasukannya ketika ini.

“Jika ada pelumba Malaysia yang berpotensi dan berbakat, sudah tentu kita akan fikirkan dan ambil.

“Saya tak nampak dalam masa terdekat kita ada pelumba, bukan sahaja MotoGP malah saingan Moto2 dan Moto3 pun saya tak nampak,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Malaysia sebelum ini mempunyai wakil menerusi Hafizh Syahrin Abdullah yang pernah beraksi selama lapan musim dalam saingan MotoGP termasuk untuk kelas perdana pada 2018 dan 2019, sejak menjadi pelumba sepenuh masa pada 2014.

Pelumba berusia 27 tahun yang kali terakhir beraksi dalam MotoGP bagi saingan Moto2 tahun lepas kini mencuba 'angin baharu’ apabila akan membuat penampilan sulung pada Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Mie Racing Honda untuk musim 2022.

Sementara itu, walaupun masih ‘mentah’ dalam saingan MotoGP, Razlan percaya tidak mustahil bagi pasukannya yang merupakan pendatang baharu dalam perlumbaan berprestij kali ini untuk melakar kejutan pada musim 2022.

Mana tidaknya, Razlan sebelum ini pernah membawa Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) mencatat kejayaan membanggakan dengan merangkul gelaran pasukan ‘Independent Teams’ terbaik pada pada musim 2019 dan 2020.

Razlan juga percaya pasukannya yang memiliki pelumba berpengalaman, Andrea Dovizioso selaku naib juara tiga kali berturut-turut pada 2017, 2018 dan 2019 selain Darryn Binder yang ‘diangkat’ daripada saingan Moto3 ke MotoGP mampu memberi saingan sengit kepada pasukan lain bagi musim 2022.

“Kalau dilihat, memang sukar tapi tidak mustahil kerana saya yakin apa dibuat pada 2019 dan 2020 (Petronas Yamaha SRT) boleh diulangi.

“Kita ada jentera yang bagus selain dilengkapi pelumba berpengalaman (Dovizioso) dan pelumba muda berpotensi (Binder) yang mampu memberikan tunggangan terbaik musim baharu ini,” katanya.

Beliau pada masa sama berkata penyandang juara, Ducati Lenovo Team diikuti Monster Energy Yamaha MotoGP serta Repsol Honda Team merupakan pencabar utama bagi merebut gelaran pasukan terbaik musim ini.

Pasukan Razlan akan meneruskan aksi pramusim berikutnya di Litar Mandalika, Indonesia pada 11 hingga 13 Feb ini selepas baru sahaja tampil beraksi pada Ujian Musim Sejuk 2022 di Litar Antarabangsa Sepang pada 5 dan 6 Feb lepas.

Perlumbaan MotoGP 2022 akan membuka tirai pada 4 hingga 6 Mac di Litar Antarabangsa Losail, Qatar. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 11 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran