web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BATC: BAM Pilih Zii Jia Sebagai Pemain Perseorangan Pertama Negara

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 3:42PM

Zii Jia akan diturunkan sebagai pemain perseorangan utama negara di BATC. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara All England 2021 Lee Zii Jia yang berhadapan krisis dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan telah selesai baru-baru ini, dipilih sebagai pemain perseorangan pertama negara menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 bulan depan.

BAM dalam kenyataan hari ini turut mengumumkan lima lagi pemain iaitu Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Leong Jun Hao, Lim Chong King dan Jacky Kok Jing Hong bagi melengkapkan barisan perseorangan negara untuk kejohanan dwitahunan itu.

Sementara itu, pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan mengetuai gandingan senegara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk beregu lelaki.

Pasukan wanita pula terdiri daripada Eoon Qi Xuan, S Kisona, Tan Zhing Yi, Siti Nurshuhaini Azman, Myisha Mohd Khairul manakala beregu diwakili Pearly Tan-M Thinaah, Teoh Mei Xing-Anna Cheong, Valeree Siow-Low Yeen Yuan dan Go Pei Kee.

BATC 2022 dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selangor dari 15 hingga 20 Februari ini.

Pada kejohanan itu, Malaysia dan sembilan pasukan lain - Indonesia, Jepun, Korea Selatan, India, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Kazakhstan dan Singapura - akan bersaing untuk mengesahkan tempat automatik mereka dalam final Piala Thomas dan Uber 2022 yang akan diadakan di Bangkok, Thailand pada Mei nanti.

Dalam pada itu, BAM dalam kenyataan berasingan mengumumkan pemain beregu wanita dan kapten skuad Piala Uber 2020 Lee Meng Yean telah meninggalkan pasukan kebangsaan.

“BAM mengesahkan pemain beregu wanita Lee Meng Yean tidak akan bersama skuad negara berkuat kuasa 29 Januari 2022.

“BAM ingin mengucapkan penghargaan kepada Meng Yean atas sumbangannya kepada pasukan kebangsaan,” menurut kenyataan itu.

Kali terakhir pemain kelahiran Melaka berusia 27 tahun itu membuat penampilan dengan pasukan kebangsaan ialah pada Terbuka Indonesia, November tahun lepas bersama-sama Yap Cheng Wen yang mengakhiri cabaran pada pusingan 16.

Meng Yean juga beraksi pada Olimpik Tokyo 2020 dengan Chow Mei Kuan pada acara beregu wanita sebelum gandingannya itu bersara pada September 2021.

Bersama-sama Mei Kuan, mereka berjaya merangkul pingat perak dan gangsa masing-masing pada Sukan SEA 2017 dan 2019, selain meraih kedudukan ke-10 terbaik dunia pada Mac tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik