web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Norza Beri Lampu Hijau Kepada Zii Jia Jadi Pemain Profesional

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 7:56PM

Norza Zakaria - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM)  Tan Sri Mohamad Norza Zakaria telah memberikan lampu hijau kepada pemain perseorangan lelaki nombor satu negara Lee Zii Jia untuk beraksi sebagai pemain profesional.

“Confirmed (Sah),” kata Mohamad Norza dalam maklum balas ringkasnya kepada Bernama ketika dihubungi untuk mendapatkan penjelasan mengenai hantaran Zii Jia dalam Facebooknya hari ini.

Ini setelah Zii Jia menyatakan bahawa Mohamad Norza telah “merestui” hasratnya untuk menjadi pemain profesional selepas perjumpaan daripada hati ke hati antara Mohamad Norza dengan beliau bersama ibu bapanya. 

“Saya gembira kami sudah menyelesaikan isu ini dengan BAM selepas menerima ‘restu’ Tan Sri untuk saya menjadi pemain profesional.

“Pencapaian saya di masa lalu dan akan datang akan sentiasa merupakan hasil usaha Tan Sri Norza, BAM dan Malaysia. Saya sentiasa berterima kasih dengan bimbingan dan jagaan Tan Sri dan memberikan saya peluang untuk berkhidmat kepada negara yang saya cintai,” kata Zii Jia.

Oleh itu, pemain nombor tujuh dunia itu berkata beliau akan kembali beraksi dengan menyertai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia ​​​​​(BATC) 2022 yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Selangor dari 15 hingga 20 Februari ini.

Pada masa sama, anak kelahiran Kedah menggesa setiap orang supaya terus menyokong BAM  dan pemain profesional negara, yang bakat mereka juga digilap oleh BAM.

Sementara itu, Zii Jia dalam satu sidang media hari ini enggan mengulas laporan berita bahawa beliau menolak satu tawaran RM1 juta yang ditawarkan BAM dalam usaha untuk mengekalkan beliau dalam kemnya.

Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunos berkata kedua-dua pihak berpuas hati dengan hasil mesyuarat, yang diadakan bagi membincangkan rayuan daripada pemain nombor tujuh dunia terhadap keputusan BAM menggantung beliau daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa kerana meletakkan jawatan daripada BAM.

Jumaat lepas, Jahaberdeen mengumumkan BAM tidak akan mendaftarkan Zii Jia untuk mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa dari 18 Januari.

Ini berikutan keputusan pemain berusia 23 tahun itu menyerahkan surat peletakan jawatan daripada mewakili BAM pada 11 Januari untuk menjadi pemain profesional dengan alasan beliau tidak dapat menahan tekanan dan gaya hidup dengan disiplin yang ketat dalam Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Bagaimanapun, BAM mengesahkan semalam bahawa Zii Jia telah menghantar surat rayuan terhadap keputusan badan sukan itu dan berjanji untuk mencari penyelesaian terbaik dengan segera. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 5 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik