web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dedah Aktiviti Dron Seawal Usia Remaja, Bina Sikap Lebih Positif

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 3:40PM

Hasni Mohammad (depan) menandatangani plak simbolik melancarkan program YDPP di Iskandar Puteri, Johor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Remaja seawal usia 15 tahun perlu didedahkan dengan penggunaan dron supaya boleh dijadikan minat dan seterusnya dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Presiden Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF), Nurhaqimy Ismail berkata, mereka komited dengan hasrat menarik minat anak muda, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah untuk diberi pendedahan selepas melihat penggunaan dron yang semakin berkembang.

Menurut beliau, MSAF menerusi Young Drone Pilot Programme (YDPP) akan mendekati 240 sekolah menengah di Johor dengan menyasarkan 10,000 orang pelajar untuk menyertai projek perintis sebelum diperluaskan ke negeri lain.

Sejak diperkenalkan pada April 2021 katanya, program berkenaan sehingga kini telah menarik seramai 40 pelajar.

"Program YDPP ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai dron kepada pelajar sekolah kerana kita melihat pada masa akan datang, banyak teknologi yang membabitkan penggunaan gajet berkenaan.

"Jadi, kita mula dedahkan kepada pelajar sekolah ini tentang dron supaya dapat menyuntik minat terlebih dahulu, dan selepas itu terpulang kepada mereka untuk ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Zon Dron dan Robotik Iskandar (DRZ) yang dirasmikan Menteri besar Johor, Datuk Hasni Mohammad di sini, semalam.

Menurut Nurhaqimy, bakat tempatan dalam mengendalikan dron yang dikategorikan sebagai sukan udara itu juga boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa dan MSAF pernah menghantar atlet ke Kejohanan Dron 2018 di China.

Sementara itu, Penasihat MSAF, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd pula berkata, bidang sukan udara di Malaysia boleh dianggap masih ketinggalan dan MSAF menyahut cabaran untuk mengembangkannya.

Beliau turut berharap semua kerajaan negeri dapat memberi sokongan kepada MSAF apabila program YDPP diperluaskan ke negeri lain selepas ini.

"Bidang sukan udara ini sudah meluas digunakan di dunia, tetapi kita agak sedikit ke belakang. Makanya, kita merancang untuk bergerak lebih ke hadapan, kerana itu kita mengharapkan sokongan semua kerajaan negeri untuk bantu kita.

"Memang sudah ada 70 persatuan dan kelab sukan udara di bawah MSAF, tetapi bagi saya ia masih belum mencukupi," katanya.

Menurut beliau, dron boleh dianggap sebagai satu permainan untuk anak muda, bagi membina fikiran mereka menjadi analitikal dan lebih positif.

"Apabila mereka sendiri mentabdir dron itu, ia akan membentuk sikap yang lebih positif,” katanya.

Terdahulu, Hasni yang merasmikan Majlis Perasmian Zon Dron dan Robotik Iskandar (DRZ) berkata, pelancaran laman Ujian Dron Iskandar Investment Berhad (IIB) itu bakal menarik pelaburan asing dan domestik bernilai RM350 juta menjelang tahun 2025.

Katanya, ia juga dijangka menarik kemasukan 70 syarikat dron yang akan mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Inisiatif itu jelasnya, secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi setempat dan mengukuhkan kedudukan Iskandar Malaysia sebagai Hab Digital Johor.

"Untuk mengukuhkan lagi agenda ini, saya menyeru IIB dan pemain industri dron dan robotik sedia ada untuk memberikan tumpuan dalam pembangunan bakat generasi muda.

"Suka atau tidak kita perlu memastikan generasi muda mahir dengan kemahiran dan ilmu teknikal agar mereka dapat terus menyumbang dalam industri yang telah dimulakan generasi kini," katanya. – Getaran, 21 Januari 2022

Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

1. Hasni (baju putih) menandatangai plak simbolik melancarkan program YDPP sambil disaksikan Mohd Khalil (tiga dari kanan)

2. Hasni (baju putih) cuba mengendalikan dron sambil disaksikan Nurhaqimy (empat dari kiri) dan Mohd Khalil (lima dari kiri) ketika mengadakan lawatan ke bilik pameran MSAF dan YDPP

Berita Berkaitan

1

Kolum 20 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 20 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi