web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Tinggalkan BAM Untuk Kontrak Lumayan Bersama KLRC?

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 11:55AM

Zii Jia dikatakan telah menerima tawaran tujuh angka dari KLRC. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain badminton perseorangan lelaki No 1 Malaysia Lee Zii Jia dikhabarkan akan menyertai Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) untuk satu jumlah yang amat lumayan.

“Saya tidak pasti tentang butiran terperinci tetapi kontrak itu dikatakan bernilai jutaan ringgit Malaysia untuk tempoh dua hingga tiga tahun.

“Jika berita ini benar, ia amat mengecewakan kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah melabur banyak ke dalam karier Zii Jia.

“Jika keputusan ini dibuat kerana sebab kewangan, beliau harus berbincang dengan presiden BAM untuk mencapai penyelesaian yang terbaik,” kata seorang sumber.

Jika benar KLRC adalah destinasi seterusnya buat Zii Jia, beliau akan mengikut jejak bekas pemain kebangsaan Goh Jin Wei yang memilih bersara dan meninggalkan BAM kerana bergelut dengan masalah kesihatan pada September tahun lepas.

Pada awal bulan ini Jin Wei telah menandatangani kontrak tiga tahun bersama KLRC.

Sumber itu juga menimbulkan persoalan jika BAM adalah penyebab para pemain ini meninggalkan persatuan kebangsaan itu.

“Jika Jin Wei meninggalkan BAM kerana masalah kesihatan, bagaimana dia boleh kembali beraksi di atas gelanggang dalam masa empat bulan bersama kelab lain?” tambah sumber tersebut.

Semalam media melaporkan yang Zii Jia telah menghantar surat perletakkan jawatan kepada BAM.

Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pihaknya telah menerima surat itu pada 11 Januari di mana Zii Jia menjelaskan dirinya tidak dapat berdepan dengan tekanan dan mahu meneruskan kariernya mengikut rentaknya sendiri.

Zii Jia pernah membawa pulang pingat emas di Sukan SEA 2019 dan menjuarai Kejohanan All England tahun lepas. - The Vibes, 20 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 30 minit yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad