web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gagal Dalam Rayuan, Novak Djokovic Akan Diusir Dari Australia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 4:21PM

Novak Djokovic - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang tenis, Novak Djokovic gagal dalam rayuannya berhubung keputusan kerajaan Australia untuk membatalkan visanya kali kedua. 

Pemain nombor satu dunia itu sebelum ini dijadualkan menentang rakan senegara dari Serbia, Serb Miomir Kecmanovic, pada Isnin, dalam misi memburu rekod ke-21 perseorangan lelaki.

Kerajaan Australia berhujah, bintang berusia 34 tahun itu menjadi ancaman kepada kesihatan awam, lapor BBC.

Sepanjang pendengaran di Mahkamah Persekutuan Australia pada Ahad, di hadapan tiga panel Hakim, peguam bela Djokovic tidak berjaya dalam hujahnya bahawa tindakan kerajaan adalah 'tidak sah dan tidak logik'.

Djokovic berada dalam tahanan imigresen di sebuah hotel di Melbourne, tempat yang sama beliau dibawa selepas visanya pertama kali dibatalkan selepas ketibaannya pada 6 Januari lalu.

Tindakan Djokovic yang memasuki negara berkenaan tanpa vaksinasi telah mencetuskan kemarahan penduduk di situ sementara kerajaan Australia sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa semua pihak tertakluk kepada peraturan ketat itu dalam usaha menangani pandemik berkenaan.

Dalam pada itu, CNN melaporkan, Djokovic dalam kenyataannya selepas rayuan ditolak, memberitahu beliau akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam mengatur perjalanan pulang dan mengesahkan tidak akan beraksi pada kejohanan Terbuka Australia.

Meskipun amat kecewa, namun beliau menghormati keputusan mahkamah.

Djokovic memaklumkan beliau akan berehat dan memulihkan diri, sambil mengucapkan selamat maju jaya kepada peminat, kakitangan serta pemain yang beraksi pada Terbuka Australia.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 15 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad