Berita Terkini

9 minit yang lalu: 6 maut, 17 hilang dalam kejadian letupan di pusat beli-belah di Armenia 10 minit yang lalu: Nooh Gadut dilantik Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu 1 jam yang lalu: Pembentangan Bajet 2023 beri penekanan kepada kebajikan Keluarga Malaysia - PM 1 jam yang lalu: Polis Israel tembak mati seorang rakyat Palestin di Baitulmaqdis 2 jam yang lalu: KKM mohon peruntukan kesihatan awam ditingkatkan 5 peratus daripada KDNK

IKUTI KAMI


Kata-Kata Shebby Masih Terngiang-Ngiang Di Telinga Dollah

Sukan Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 3:06PM

Serbegeth Singh meninggal dunia akibat serangan jantung, petang semalam. - Gambar dari Twitter @KLCityFootball

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Kita boleh buat, jangan takut game ni, kita boleh makan team ni.”

Kata-kata semangat yang sering dilontarkan oleh mendiang Serbegeth Singh kepada rakan sepasukan di bilik persalinan sebelum turun ke padang dan ia bermain di fikiran bekas rakan seperjuangan Dollah Salleh, sejurus menerima berita pemergian mengejut Serbegeth atau lebih dikenali dengan panggilan Shebby, malam tadi.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu pernah beraksi bersama Shebby ketika mewakili pasukan Johor pada 1982 dan 1983 mengakui kehilangan seorang sahabat yang mempunyai perwatakan tegas mirip legenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun.

“Saya memang rapat dengannya sewaktu bermain di Johor dahulu...Sebagai seorang ketua pasukan, Shebby boleh dikatakan seorang yang ‘mulut bising’ menerusi arahan serta nasihat diberikan kepada rakan sepasukan ketika bermain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bukan sahaja bola sepak, malah Dollah memaklumkan mendiang juga sering menasihatinya untuk menjaga hubungan kekeluargaan memandangkan Shebby cukup rapat dengan keluarganya.

“Beliau sangat baik dengan rakan-rakan termasuk isteri saya, semua orang senang dengannya,” tambahnya.

Dollah Salleh - Gambar fail AFP
Dollah Salleh - Gambar fail AFP

Bekas pengendali Sri Pahang FC itu turut berkongsi kisah menarik mengenai Shebby apabila mendiang tidak pernah lekang membaca majalah bola sepak ternama dari England, Shoot! sewaktu perkenalannya sebelum ini.

Justeru, katanya, tidak hairanlah mengapa bekas tonggak pertahanan negara yang juga pakar tendangan jarak 20 hingga 30 meter itu mempunyai ilmu sangat luas sehingga dapat memberi ulasan atau komentar dengan terperinci ketika menjadi tetamu rancangan bola sepak sebelum ini.

Sementara itu, seorang lagi rakan sepasukannya, Mohamed Razip Ismail, yang juga generasi emas skuad Kuala Lumpur ketika membantu pasukan itu memenangi hatrik Piala Malaysia dari 1987 hingga 1989 bersama Shebby, menyifatkan mendiang seorang yang lantang di atas padang namun sangat mesra di luar padang.

Bekas pemain pertahanan berusia 59 tahun itu mengakui sangat bertuah dapat bermain bersama Shebby yang dianggapnya sebagai pemain berdedikasi tinggi dan cukup berdisiplin ketika sesi latihan.

Mohamed Razip yang pernah membimbing pasukan Kuala Lumpur dan Perlis itu juga kagum dengan aspek kepimpinan dimiliki Shebby terutama dalam memberi motivasi kepada pemain muda untuk memperbaiki prestasi mereka ketika bermain.

Ketua Unit Belia Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu turut terhutang budi dengan Shebby yang turut menjadi watak penting dalam membantunya berjinak-jinak dalam dunia pengulasan sukan tidak lama dahulu.

Mendiang Shebby semasa zaman kegemilangannya bermain di posisi pertahanan dan beraksi buat skuad kebangsaan dari 1982 hingga 1991, serta pernah beraksi dalam Kejohanan Sukan Asia 1982, 1986 dan 1990 selain membantu negara memenangi pingat emas di Sukan SEA 1989 Kuala Lumpur.

Selain itu, mendiang juga beraksi bersama skuad bola sepak Pahang pada era 90-an serta pernah menyarung jersi Negeri Sembilan dan Perak.

Selepas bersara sebagai pemain, mendiang mencipta nama sebagai personaliti televisyen bermula 1997, termasuk untuk saluran Astro SuperSport, FoxSports serta ESPN Asia selain pernah berkhidmat sebagai Penasihat Global di Blackburn Rovers pada 2012 dan Penasihat Teknikal Johor Darul Ta’zim (JDT).

Shebby, 61, meninggal dunia ketika berbasikal di Sunway di Iskandar Puteri, Johor, petang semalam. - Bernama

Sorotan

1

Mengintai Tarikan Terbaharu di Cameron Highland, Berbaloi Atau Tidak?

2

Peserta Perhimpunan #ManaKapalLCS Bantah Salah Urus Projek Kapal

3

Tangguh Laksana Pindaan Akta Kerja 2 Tahun, Elak Majikan, Rakyat Makin Terkesan

Disyorkan untuk anda

Sukan 6 jam yang lalu

Budaya Kecam Atlet Makin Membimbangkan, Perlu Ada Peraturan Khusus

oleh Rubini Nagarajah

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Guna Dana Luar Bantu Pelarian Myanmar Terima Latihan Kemahiran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Arab Saudi Benarkan Pemegang Visa Pelancong Tunai Umrah

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Lemah Landa Kundasang

oleh Fitri Nizam