web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbuka India: Tze Yong Lepasi Pusingan Pertama

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 8:21AM

Ng Tze Yong - Gambar dari Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki meningkat naik, Ng Tze Yong mengejutkan pemain pilihan ketujuh, Tommy Sugiato dari Indonesia pada pusingan pertama Terbuka India, semalam.

Bagaimanapun pemain berusia 21 tahun dari Johor itu menghadapi tentangan sengit dalam perlawanan selama sejam itu, sebelum mengetepikan pemain nombor 28 dunia itu 21-16, 14-21, 21-15 pada perlawanan di Dewan K.D. Jadhav di New Delhi.

Tze Yong yang berkedudukan ke-60 dunia, akan berhadapan pemain Perancis Lucas Claerbout pada pusingan kedua, esok.

Sementara itu, pemenang pingat perak beregu campuran Olimpik Rio 2016 Chan Peng Soon bersama pasangan baharunya Valeree Siow, juga memulakan penyertaan mereka dengan langkah kanan.

Pasangan pilihan kelima itu dengan mudah mengalahkan pasangan Raju Mohamed Rehan-Anees Kowsar Jamaludeen dari India 21-4, 21-9 dalam masa 20 minit, pada perlawanan yang boleh digambarkan sebagai perlawanan pemanas badan.

“Ini perlawanan kami yang pertama, setakat ini kombinasi kami agak bagus ketika latihan dan pada perlawanan sebentar tadi. Kami berharap kami boleh meneruskan rentak ini bagi memberikan saingan kepada lawan yang lebih kuat,” kata Peng Soon dalam satu video daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Mereka akan berhadapan satu lagi pasangan dari India Kashish Sharma-Saruni Sharma bagi merebut tiket ke suku akhir, hari ini.

Perlawanan yang paling ditunggu-tunggu peminat Malaysia adalah perlawanan antara pemain profesional negara Soong Joo Ven bertemu juara dunia yang baharu Loh Kean Yew dari Singapura.

Joo Ven dengan mudah mengalahkan pemain tuan rumah Chirag Sen 21-8, 21-7 pada pusingan pembukaan, sementara Kean Yew dengan mudah melangkah ke pusingan selanjutnya dengan mengalahkan Xiaodong Sheng dari Kanada 16-21, 21-4, 21-13. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad