web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sarina Imbas Pengalaman Berdepan Gangguan Seksual Seawal Usia 14 Tahun

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 10:36AM

Sarina Sundara Rajah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ''Saya masih ingat ketika aktiviti berkumpulan, rakan atlet lelaki akan memaksa saya mengambil barang yang sengaja diletakkan di bahagian sulitnya,” kata bekas ratu gimnasitik negara, Sarina Sundara Rajah mengimbas kembali salah satu pengalaman pahit yang terpaksa dilaluinya.

Dalam temubual ekslusif dengan The Vibes, pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998 dan Sukan SEA 2001 SEA itu berkata, kejadian tersebut berlaku ketika beliau berusia 14 tahun dan menghadiri kem motivasi sukan bersama-sama atlet lain dari pelbagai jenis sukan seluruh negara.

Sarina berkata, beliau tahu apa yang dilakukan oleh individu berkenaan adalah tidak wajar dan salah, namun beliau tidak pernah terfikir bagaimana untuk menangani situasi itu.

Apabila Netflix menyiarkan dokumentari 'Athlete A' pada 2020, Sarina menyedari akan kepentingan Akta Sukan Selamat kepada industri sukan Malaysia.

'Athlete A' merupakan dokumentari mengenai bekas doktor pasukan gimnastik Amerika Syarikat,  Larry Nassar yang didapati bersalah melakukan serangan seksual sekurang-kurangnya ke atas 265 mangsa yang dikenal pasti selama dua dekad.

Sejak itu, Sarina mula membaca artikel dan jurnal serta menonton dokumentari mengenai gangguan seksual yang berlaku dalam sukan, yang mana hampir tiada sebarang tindakan diambil ke atas pelakunya,

''Saya melatih kanak-kanak perempuan (dalam gimnastik). Saya pernah melihat ia berlaku kepada rakan-rakan saya dan saya juga pernah melaluinya. Kita patut menghindari perkara ini dan semua pihak perlu memainkan peranan,'' katanya.

Sarina melatih kanak-kanak di Sarina Rhythmic Gymnastics Club. - Gambar ihsan Sarina Sundara Rajah
Sarina melatih kanak-kanak di Sarina Rhythmic Gymnastics Club. - Gambar ihsan Sarina Sundara Rajah

Sarina mengendalikan kelab gimnastiknya sendiri sejak 2004, dikenali seagai Sarina Rhythmic Gymnastics Club (SRGC).

Inisiatif akademi itu adalah untuk mempromosikan pemerkasaan wanita dan gadis melalui sukan dengan menyediakan ruang selamat untuk pelajarnya berlatih dengan menerima pakai dasar sukan yang selamat.

“Saya mengajar kanak-kanak perempuan yang berumur seawal tiga tahun. Saya rasa adalah penting bagi mereka untuk memahami akan garis sempadan dalam sentuhan dan komunikasi.

''Bagi seseorang seperti saya yang mengendalikan akademi, atau pemilik kelab, kita semua harus memainkan peranan untuk melindungi anak-anak dan atlet kita,'' katanya.

Sarina mengimbas kembali pengalaman yang tidak menyenangkan yang dialami sebagai seorang gimnas, apabila beliau tidak mengetahui akan jenis tingkah laku yang ditunjukkan oleh rakan-rakan atlet, jurulatih, atau sesiapa sahaja yang memegang kuasa, sama ada betul atau salah.

''Jika salah laku tertentu - seperti penderaan seksual, atau gangguan - dilakukan semasa sesi latihan, tiada cara untuk mengetahui siapa yang boleh memberikan perlindungan kepada mangsa atau jenis tindakan yang akan diambil terhadap pelaku,'' katanya.

Sarina menekankan kepada kepentingan Akta Sukan Selamat, untuk industri sukan negara. - Gambar ihsan Sarina Sundara Rajah
Sarina menekankan kepada kepentingan Akta Sukan Selamat, untuk industri sukan negara. - Gambar ihsan Sarina Sundara Rajah

Sarina mengakui kerja-kerja advokasinya bermula selepas pertemuannya dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk membincangkan mengenai pelaksanaan Akta Sukan Selamat.

Susulan pertemuan itu, Ahmad Faizal menerima idea itu dan melihat keperluan mendesak untuk menerima pakai Akta Sukan Selamat dan menyuarakannya secara terbuka mengenainya dengan The Vibes.

Dalam pertemuan ekslusif dengan The Vibes, Ahmad Faizal menegaskan kementeriannya memandang serius isu berkenaan dan akan membentangkan Akta Sukan Selamat di Parlimen, sebelum Pilihan Raya Umum (PRU-15), sementara beliau masih memegang jawatan berkenaan.

Sarina juga dijemput oleh Institut Sukan Negara untuk memberikan ceramah mengenai gangguan seksual, ketika persidangan perubatan dalam talian pada 2020.

“Bagi atlet yang telah bersara bertahun-tahun lalu seperti bekas perenang negara, Cindy Ong atau penerjun Olimpik negara, Datuk Pandelela Rinong, yang telah mencapai tahap tertentu dalam komuniti terjun, mereka boleh bercakap mengenai isu tersebut tanpa menerima sebarang tindak balas atau atau penalti.

"Tetapi terdapat begitu ramai atlet di peringkat akar umbi yang kurang menonjol di luar sana, yang takut untuk tampil ke hadapan kerana mereka tidak tahu apa yang patut dilakukan," kata Sarina.

“Anda rasa terperangkap. Bimbang kerjaya anda adalah atas belas ihsan pelaku. Jadi ramai atlet lebih suka berundur daripada membuat laporan polis,'' katanya.

Sarina berkongsi bahawa adalah penting bagi Faizal untuk melantik individu yang relevan dan bebas untuk menjadi sebahagian daripada pasukan petugas bagi membantu kementeriannya merealisasikan rancangan untuk membentangkan Akta Sukan Selamat di Parlimen.

Apabila akta itu berjaya dilaksanakan, ia boleh membantu memberi jaminan kepada mangsa dan tertuduh untuk mengemukakan kes mereka supaya pihak berkuasa yang berkenaan menyedari betapa besarnya keadaan itu.

Ini seterusnya akan membantu industri sukan meningkatkan prestasi keseluruhan atlet kita kerana mereka akhirnya dapat bersaing dan berlatih dalam persekitaran yang selamat serta sihat. – The Vibes, 8 Januari 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad