web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jaringan Cavani Penyelamat Man United

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Dec 2021 9:14AM

Cavani meraikan jaringan penyamaan Manchester United. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEWCASTLE - Ralf Rangnick menuduh pemain Manchester United kurang agresif selepas Edinson Cavani menjaringkan gol penyamaan untuk seri 1-1 dengan Newcastle di Liga Perdana Inggeris.

Pasukan kendalian pengurus dari Jerman itu dikejutkan dengan gol awal oleh Allan Saint-Maximin dan didominasi oleh Newcastle untuk jangka masa yang lama di St James’ Park.

Cavani dimasukkan pada babak kedua dan menjaringkan gol pertamanya sejak Oktober dan memastikan Rangnick kekal tanpa kalah dalam empat perlawanan sebagai pengurus interim United.

Tetapi United kekal di tangga ketujuh liga, tujuh mata di belakang pasukan di tempat keempat, Arsenal, dengan baki dua perlawanan dalam tangan.

Rangnick berjaya menang dua perlawanan pertamanya sejak mengambil alih daripada Ole Gunnar Solskjaer, tetapi kedua-dua persembahan tersebut tidak begitu meyakinkan dan begitu juga dengan corak permainan menentang Newcastle.

“Saya tidak suka akan persembahan kami. Kita gagal mengawal perlawanan selain daripada beberapa detik.

“Semuanya tentang siapa lebih bertenaga, fizikal dan siapa yang berjaya merebut bola kedua. Dalam aspek yang disebut tadi kami kurang baik.

“Kami sepatutnya menang pertembungan itu. Hari ini bukan bahasa tubuh yang menjadi persoalan tetapi fizikal badan.

“Jikalau mahu menjadi kompetitif kita harus bersaing dengan fizikal, dan kami gagal dalam aspek itu,” kata Rangnick. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Ronaldo Akan Tinggalkan Manchester United Serta-Merta

3

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar