web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Oliver Muncul Wira Gergasi Merah

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2021 7:54AM

Oliver Buff - Gambar dari Facebook Selangor FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aksi sulung pemain import Selangor FC Oliver Buff ternyata tidak mengecewakan apabila menyumbang dua gol bagi mengesahkan kemenangan 3-1 ke atas pasukan Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam.

Pemain berusia 28 tahun dari Switzerland itu meletakkan Gergasi Merah di hadapan dengan 1-0 pada masa kecederaan babak pertama.

Seorang lagi bintang baharu skuad Selangor FC Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi meledak gol kedua tuan rumah pada minit ke-55, sebelum skuad Tok Gajah merapatkan jurang menerusi sepakan percuma Muhamad Nor Azam Abdul Azih pada minit ke-69.

Gol ketiga Buff pada masa kecederaan mengesahkan Selangor FC meraih tiga mata berharga dalam aksi ketika cuaca hujan semalam.

Kempen Liga Malaysia (Liga-M) bermula semalam, selepas juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih buat kali keempat berturut-turut selepas menang 2-0 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Sultan Ibrahim dalam suasana norma baharu pada Jumaat.

Di Stadium UiTM FC, Shah Alam, tuan rumah gagal memanfaat peluang di laman sendiri apabila kecundang 1-2 kepada Terengganu FC (TFC).

Skuad kendalian Frank Bernhardt terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mohd Fauzi Abdul Latif pada minit ke-32, namun skuad Penyu bangkit menerusi jaringan penyerang import dari Brazil, David da Silva (76) dan Mohamad Hakimi Abdullah (87).

Di Stadium Hang Jebat, Melaka, pasukan Melaka United bangkit menyamakan kedudukan menerusi S. Kumaahran pada minit ke-63 untuk berkongsi satu mata selepas Sabah FC mendahului hasil jaringan Hamran Peter sebelum tamat separuh masa pertama.

Pertemuan di antara dua pendatang baharu ke saingan divisyen teratas di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, menyaksikan Penang FC mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas KL City FC menerusi jaringan David William Rowley pada minit ke-29.

Sementara itu, saingan Liga Premier, menyaksikan Negeri Sembilan FC mengatasi Johor Darul Ta’zim II 2-1 dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Bekas penyerang kebangsaan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-23, sebelum skuad Harimau Selatan menyamakan kedudukan menerusi Mohamad Rafiefikri Mohd Rosman (min 45), namun Alain Thierry Akono mengesahkan kemenangan pada minit ke-51.

Skuad Projek FAM-MSN di belasah 4-0 oleh TFC II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, menerusi jaringan Muhammad Hairiey Hakim pada minit ke-19, Muhamad Nur Azfar Fikri (42), Mohamad Ridzuan Razali (46) dan sepakan penalti Wan Mohamad Fazli Wan Ghazal pada masa kecederaan.

Selangor FC 2 pula membenam PDRM FC 3-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hasil jaringan pemain import Myanmar Hein Htet Aung pada minit ke-43 dan pemain import dari Ghana George Attram pada minit ke-59 dan penalti pada minit ke-76.

Terdahulu, jaringan tunggal Muhammad Hakimi Mat Isa pada minit ke-49 sudah cukup bagi Perak FC II untuk menewaskan Kelantan FC 1-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

4

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad