web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejohanan Dunia, Kecederaan Paksa Zii Jia Tarik Diri

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 8:34AM

Lee Zii Jia - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemaraan jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia untuk memburu gelaran juara dunia pada Kejohanan Dunia BWF 2021 berakhir selepas beliau terpaksa menarik diri dalam set ketiga perlawanan suku akhir menentang Anders Antonsen dari Denmark di Huelva, Sepanyol semalam.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Palacio de los Deportes Carolina Marin, Zii Jia yang merupakan pemain pilihan keenam mempamerkan aksi kelas tersendiri dan menundukkan pemain nombor tiga dunia, Anders 21-12 dalam set pertama  tetapi lepuh pada kaki kanannya menjejaskan permainan di pertengahan set kedua yang membolehkan pemain Denmark itu mengatasinya dengan 21-8.

Biarpun masih cuba meneruskan aksinya, Zii Jia pemain nombor tujuh dunia tidak berupaya menahan kesakitan apabila beliau menarik diri pada set ketiga yang menyaksikan Anders mendahului dengan selesa, pada 11-1. 

Sebaliknya, semalam merupakan detik kegembiraan buat beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang melakukan kejutan besar dalam kejohanan ini apabila mereka menumbangkan Juara Olimpik Tokyo,  Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan.

Selepas ketinggalan set pertama 12-21, Yew Sin-Ee Yi bangkit kembali dengan penuh bersemangat pada dua set seterusnya dengan kemenangan 21-17 dan 21-15 untuk berhadapan beregu pilihan kelima  Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun di peringkat separuh akhir.

Takuro-Yugo sebelum itu menewaskan beregu senegara Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi, 21-18, 21-12.

Sementara itu dalam beregu campuran, cabaran Malaysia menerusi pilihan ke-10, Goh Soon Huat-Shevon Lai  berakhir setelah mereka tewas 15-21, 13-21 kepada pilihan kedua Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad