web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT- KDA FC Janjikan Saingan Sengit Rebut Piala Sumbangsih

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2021 3:27PM

Ketua Pasukan JDT, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora bergambar bersama Piala Sumbangsih 2021 yang menjadi rebutan antara pasukan JDT dan KDA FC pada sidang media hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pertembungan merebut gelaran juara Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), bakal menguji ego kedua-dua pasukan serta menjanjikan aksi sengit sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, esok.

Bekas penyerang pasukan Johor Fadzli Ahmad berkata, kombinasi pemain berpengalaman dan pemain muda berkaliber selain misi untuk terus mendominasi kancah liga, JDT merupakan satu pasukan yang sukar digugat ketika ini.

Bagaimanapun, beliau berkata KDA FC yang menampilkan semangat juang tinggi dalam beberapa musim terdahulu, memiliki keupayaan memberi tentangan hebat untuk merampas kejuaraan daripada skuad Harimau Selatan.

“Ia pasti berlangsung sengit kerana kedua-dua pasukan pasti mahukan kejayaan dan koleksi kejuaraan di awal musim 2021, tetapi kelebihan adalah kepada pasukan JDT tetapi Kedah tidak kurang hebatnya. Mereka sebuah pasukan yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi.

“Namun pada masa kini tidak dinafikan JDT antara pasukan terbaik di rantau Asia yang telah mencipta nama tersendiri, jadi mereka harus kekalkan kemenangan esok bagi menjaga nama baik dan reputasi pasukan,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Perlawanan esok menyaksikan kedua-dua pasukan bertembung buat kali keempat di pentas itu sejak lima musim lepas, dengan dua kemenangan edisi 2018 dan 2020 menjadi milik JDT manakala KDA FC menewaskan JDT menerusi penentuan sepakan penalti pada edisi 2017.

Sementara itu, Fadzli berkata kelibat pemain kebangsaan Muhammad Safawi Rasid dan import Kedah dari Liberia Kpah Sherman, dianggap pemain yang perlu diberi perhatian pada perlawanan esok.

Bekas penyerang Kedah Akmal Rizal Ahmad Rakhli pula berpendapat, kedua-dua pasukan mempunyai peluang lebih seimbang, namun meramalkan perlawanan bakal diheret ke penentuan sepakan penalti.

Beliau berkata, memandangkan liga baharu sahaja membuka tirai, kedua-dua pasukan sudah semestinya belum berada pada tahap terbaik dan masih tercari-cari rentak permainan yang bakal dihidangkan di atas padang, sepanjang musim ini.

“Walaupun bermain di laman sendiri tanpa kehadiran penonton, kelebihan masih berpihak kepada JDT kerana selain dibarisi kesebelasan utama yang hebat, barisan simpanan mereka juga terdiri daripada pemain berpengalaman dan berkualiti tinggi,” katanya.

Namun, Akmal Rizal memberi amaran kepada JDT agar tidak memandang ringan kemampuan skuad Lang Merah itu, kerana yakin ketua jurulatihnya Aidil Sharin Sahak yang kini masuk tahun ketiga membimbing pasukan lamanya itu, mempunyai ramuan tersendiri untuk mencipta kejutan pada malam perlawanan itu nanti.

Bekas pemain kebangsaan berusia 39 tahun itu pada masa sama juga mengharapkan, agar gandingan dua pemain import Kedah iaitu Kpah Sherman (Liberia) dan Brice Hermann Tchetche Kipre (Ivory Coast), mampu menyinar seterusnya mengkucar-kacirkan pertahanan JDT.

“Saya melihat kepulangan semula Muhammad Safawi Rasid ke JDT, sudah pastinya menambah bisa serangan pasukan itu selepas berkelana di Portugal bersama kelab Portimonense sebelum ini,” katanya yang pernah beraksi bersama kelab Perancis, Racing Strasbourg dua dekad lalu.

Beliau berkata Kedah juga harus berwaspada terhadap kehadiran penyerang import dari Brazil Bergson Da Silva, yang baharu sahaja melengkapkan perpindahan dari pasukan Serie A Brazil, Fortaleza.

“Saya meramalkan kedua-dua pasukan akan pulang dengan satu mata untuk saingan Liga Super, manakala JDT menang sepakan penalti seterusnya mempertahankan Piala Sumbangsih,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

4

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad