web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


De Paula Sudah Cukup Matang - Cheng Hoe

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 7:46AM

Guilherme De Paula (kiri) bersama pemain tengah JDT, Safiq Rahim pada sesi latihan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) bulan lepas. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe percaya penyerang naturalisasi negara Guilherme De Paula, sudah cukup matang untuk menghadapi tekanan di dalam dan luar padang.

Dengan faktor usia dan pengalaman luas dimiliki De Paula, Cheng Hoe berharap pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dapat menjadi contoh terbaik kepada rakan sepasukan, dalam skuad Harimau Malaya.

“Sebagai jurulatih,  saya rasa saya dapat uruskan perkara ini. Tentu sekali, beliau (de Paula) telah berikan yang terbaik sewaktu latihan dan amat komited sekali, kadang kala akibat kecewa yang beliau tidak dapat menjaringkan gol. Saya pasti beliau cukup matang untuk hadapi keadaan ini.

“Saya berharap beliau akan dapat berikan motivasi kepada pasukan dan berikan contoh baik untuk mereka. Saya pasti beliau sudah bersedia untuk perlawanan seterusnya,” kata Cheng Hoe pada sidang media selepas perlawanan pembukaan Kumpulan B di Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 antara Kemboja dan Malaysia, semalam.

Pada aksi di Stadium Bishan itu, Malaysia berjaya meraih tiga mata berharga selepas mengatasi skuad ‘Angkor Warriors’ 3-1 menerusi jaringan sepakan penalti Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan M. Kogileswaran.

Hasrat anak buah Cheng Hoe meraih kemenangan bersih tidak kesampaian, apabila Kemboja dihadiahkan sepakan penalti di penghujung perlawanan, yang kemudian disempurnakan Sath Rosib.

Bagaimanapun, media antarabangsa (ESPN) melaporkan De Paula menunjukkan reaksi tidak bersemangat kesukanan selepas beliau digantikan dengan penyerang muda Luqman Hakim Shamsudin, pada babak kedua perlawanan itu.

Menurut laporan tersebut, pemain berusia 35 tahun itu didakwa menendang botol air di luar padang sejurus digantikan, kemudian merenung tajam ke arah penonton yang memberikan tepukan kepadanya sebelum membaling botol air ke bangku simpanan pasukan negara, dan terus menuju bilik persalinan.

Malaysia dijadual bertemu Laos pada Khamis, sebelum berdepan juara bertahan Vietnam (12 Disember) dan menentang Indonesia pada aksi terakhir kumpulan 19 Disember ini. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad