web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala AFF: Malaysia Tepati Ramalan, Benam Kemboja 3-1

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 8:18PM

Akhyar mengelecek bola dalam kotak penalti Kemboja. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menepati ramalan untuk membenam Kemboja 3-1 pada aksi pembukaan Kumpulan B, saingan Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura petang ini.

Skuad Harimau Malaya beraksi cemerlang untuk menguasai perlawanan bagi meraih tiga mata berharga, walaupun menghadapi serangan balas mencemaskan dari Kemboja.

Malaysia, yang menduduki ranking ke-154 dunia, terlebih dahulu melakukan percubaan apabila tandukan Syafiq Ahmad seawal minit kedua, hasil daripada sepakan percuma Safawi Rasid, sedikit tersasar ke atas palang gol.

Pemain sayap negara, Safawi kemudian melakukan rembatan kencang dari jarak lebih kurang 18 meter tepat ke penjuru kanan gawang, namun penjaga gawang Keo Soksela tangkas menyelamatkan percubaan itu pada minit ketujuh.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe bagaimanapun, berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-23 menerusi sepakan penalti kaki kiri Safawi ke bahagian kanan gawang, yang memperdayakan Keo ke arah bertentangan.

Malaysia dihadiahkan penalti oleh pengadil Shukri Hussain Alhunfush, apabila Ken Chansopheak mengasari Muhammad Akhyar Abdul Rashid di dalam kotak penalti, yang turut menyebabkan tonggak pertahanan skuad ‘Angkor Warriors’ itu dilayangkan kad kuning.

Kemboja, di bawah kendalian bekas pemain Jepun Ryu Hirose, mencari gol penyamaan menerusi serangan bertali arus, namun barisan pertahanan negara, terutamanya penjaga gol veteran Khairul Fahmi Che Mat bertindak baik bagi mematahkan semua serangan pasukan lawan untuk kekal mendahului sehingga tamat babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Malaysia berjaya melebarkan jurang menerusi Muhammad Akhyar, yang menerima hantaran jauh cantik daripada Syafiq dan memperdayakan dua pemain pertahanan Kemboja, sebelum merembat masuk bola ke dalam gawang pada minit ke-60.

Anak-anak buah Cheng Hoe, terus menambah derita buat Kemboja, apabila pemain gantian M Kogileswaran Raj meledak masuk hantaran silang pendek Luqman Hakim Shamsudin pada minit ke-79.

Skuad ‘Angkor Warriors’ yang menghuni ranking ke-170 dunia, mempamerkan kebangkitan menerusi jaringan penalti Sath Rosib pada minit ke-90.

Terdahulu, Khairul Fahmi dipersalahkan dan dilayangkan kad kuning kerana menendang Sath ketika menangkap bola hantaran tinggi di dalam kotak penalti.

Kemenangan itu sekali gus membantu Malaysia, juara edisi 2010, mengekalkan rekod tanpa kalah terhadap Kemboja dalam saingan Piala AFF, selepas mencatatkan kemenangan dalam kesemua tiga aksi dalam saingan itu sejak 2000.

Selain menjadi tonik buat skuad Harimau Malaya yang terpaksa turun tanpa khidmat penjaga gol Khairulazhan Khalid dan pemain tengah Faisal Halim, yang dikuarantin kerana positif COVID-19 pada Jumaat lepas, kemenangan itu juga memastikan Malaysia tidak keciciran mata sebelum dua aksi terakhir yang sukar.

Skuad Harimau Malaya selepas ini dijadualkan bertemu Laos pada 9 Disember sebelum berdepan cabaran Vietnam (12 Disember) dan Indonesia pada aksi terakhir 19 Disember ini, dengan hanya dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke separuh akhir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjanjian Damai Dimeterai, PM Terima Ucapan Terima Kasih Daripada Rakyat Kemboja

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar