web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala AFF: Kemampuan Malaysia Jadi Tanda Tanya

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 7:27AM

Skuad Harimau Malaya menjalani latihan di Stadium Yishun, Singapura, petang semalam dan akan bertemu Kemboja, hari ini. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Kemampuan anak buah Tan Cheng Hoe untuk mengulangi kejayaan edisi 2010 kini menjadi tanda tanya susulan beberapa episod tidak diduga pada kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang membuka tirai semalam.

Malaysia yang disebut antara dua pasukan mara ke separuh akhir saingan di Singapura berdasarkan kedudukan ranking dunia ke-154, akan berdepan Kemboja pada perlawanan pembukaan Kumpulan B, di Stadium Bishan, petang ini.

Timbulnya tanda tanya kerana skuad Harimau Malaya akan turun tanpa khidmat beberapa tonggak utama pasukan selain terpaksa menempuh fasa persiapan singkat ekoran kepadatan jadual Piala Malaysia dan masalah kecederaan pemain pada saat akhir.

Pemain mula melapor diri ke kem latihan pada 22 November membabitkan pasukan sudah terkeluar daripada saingan peringkat kumpulan dan suku akhir, diikuti pemain yang pasukannya tersingkir di separuh akhir melapor diri pada 28 November manakala pemain yang terlibat dengan aksi final, melapor diri pada 1 Disember, iaitu dua hari sebelum berlepas ke Singapura.

Cheng Hoe juga tidak dapat menguji kombinasi pemain serta taktikal permainan kerana ketiadaan sebarang aksi persahabatan seperti dirancang sebelumnya iaitu menentang Timor Leste, sekali gus menjadikan persiapan kali ini paling singkat apabila pasukan hanya dapat dikumpulkan sepenuhnya dua hari sebelum perlawanan pertama.

Lebih parah, skuad kebangsaan kehilangan khidmat dua pemain, penjaga gol, Muhammad Khairulazhan Mohd Khalid dan pemain sayap, Muhammad Faisal Abdul Halim pada tiga aksi pertama selepas disahkan positif COVID-19 dan mereka perlu menjalani kuarantin selama 10 hari.

Persiapan tidak seberapa ini mungkin sedikit merencatkan persediaan Harimau Malaya dalam misi memburu kejuaraan kedua Piala AFF, namun ia juga boleh menjadi peluang buat pasukan kebangsaan yang dibarisi pemain berpengalaman dan pemain muda berpotensi untuk melakar sejarah tersendiri.

Skuad bimbingan Cheng Hoe masih mempunyai kekuatan menerusi beberapa pemain muda dengan kemahiran individu tinggi seperti pemain sayap, Arif Aiman Mohd Hanapi yang dipanggil pada saat akhir, Luqman Hakim Shamsudin (penyerang) dan pemain tengah, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.

Khairul Fahmi Che Mat
Khairul Fahmi Che Mat

Selain itu, khidmat pemain senior seperti penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang berada dalam skuad kebangsaan menjuarai Piala AFF 2010, Baddrol Bakhtiar dan kapten Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak mampu memberi keseimbangan dari sudut pengalaman beraksi dalam kancah tertinggi.

Secara keseluruhan, tidak mustahil untuk Malaysia menjejakkan kaki ke final Piala AFF buat kali kelima sejak pertama kali dianjurkan pada 1996, namun perlu berdepan cabaran sengit pasukan yang telah melakukan persediaan rapi seperti Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia.

Selepas menentang Kemboja dalam kempen Piala AFF 2020 itu, saingan berikutnya ialah berdepan Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan akan menutup saingan kumpulan berdepan Indonesia pada 19 Disember.

Sebagai rekod, Malaysia berjaya melepasi saingan kumpulan sebanyak empat kali, selain beraksi di final tiga kali dan menjulang kejuaraan edisi 2010 dalam lima edisi terakhir Piala AFF. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

2 Gol Fergus Bantu Harimau Muda Jinakkan Indonesia

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Saya Bertanggungjawab Sepenuhnya, Bukan Salah Pemain - Pan Gon 

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Thailand Ranap Impian Harimau Malaya Ke Final Piala AFF

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Piala AFF: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjut Sehingga 12.30 Tengah Malam

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad