web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skuasy: Malaysia Dinobatkan Juara Berpasukan Asia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 8:07AM

Pasukan skuasy negara yang berjaya meraih tempat pertama bagi kategori wanita dan lelaki pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad wanita negara berjaya merampas kembali gelaran juara Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia daripada Hong Kong, sekali gus mengesahkan status selaku pasukan terbaik benua ini.

Kejayaan Malaysia menewaskan juara bertahan 2-1 pada aksi final di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil itu  turut menyaksikan Malaysia kekal sebagai pasukan paling banyak meraih gelaran berkenaan dengan kejuaraan kali ke-10.

Malaysia bermula dengan langkah kanan apabila pemain utama negara Rachel Arnold beraksi cemerlang untuk membenam Liu Tsz Ling 11-6, 8-11, 11-7, 11-2.

Hong Kong selaku pasukan kedua paling cemerlang dengan empat kejuaraan, mempamerkan kebangkitan apabila Tong Tsz Wing mengatasi Noor Ainaa Amani Ampandi 11-8, 11-6, 6-11, 11-9 untuk menyamakan kedudukan.

Malaysia bagaimanapun, mengesahkan kejuaraan apabila juara Terbuka Malaysia 2021, Aifa Azman mendominasi gelanggang dengan kemenangan mudah menundukkan Ho Tze Lok 11-4, 11-3, 11-6.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Aifa yang berkongsi rasa gembira meraih gelaran itu, mengakui cabaran sengit diterima skuad negara serta sedikit kepenatan selepas baru sahaja menamatkan kejohanan Terbuka Malaysia minggu lepas.

“Rachel bermain dengan baik dan saya tahu Aina juga sudah melakukan yang terbaik. Jadi, saya masuk gelanggang dan tidak mahu memberi peluang kepada Hong Kong. Saya tahu saya perlu bermula dengan permainan yang hebat,” katanya.

Rachel pula berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan hari ini selepas tumpas pada perlawanan menentang pemain Jepun, Satomi Watanabe di peringkat separuh akhir semalam. 

"Saya kecewa dengan persembahan saya semalam, dan saya gembira bermain dengan baik hari ini,” katanya yang gembira Malaysia kembali muncul juara selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 2016.

Sementara itu, skuad lelaki negara turut cemerlang apabila menamatkan kemarau kejuaraan selama 13 tahun mengatasi India 2-1 pada final kategori lelaki.

Pemain nombor satu negara, Ng Eain Yow menang mudah menewaskan juara Terbuka Malaysia Saurav Ghosal 12-10, 11-4, 11-8, namun India yang sedang memburu kejuaraan pertama, bangkit menerusi Mahesh Mangaonkar yang menewaskan Mohammad Syafiq Mohd Kamal 11-9, 11- 7, 11-8. 

Malaysia bagaimanapun memastikan gelaran Asia keempatnya apabila Ivan Yuen menewaskan Ramit Tandon 11-8, 8-11, 11-3, 11-1.

Eain Yow berkata skuad negara memang sudah menjangkakan perlawanan sengit menentang India, namun ia hanya menjadi pembakar semangat untuk beraksi lebih baik demi meraih kejuaraan itu.

Ivan pula berkongsi rasa lega selepas berjaya menundukkan pemain skuad India, walaupun kecederaan pangkal paha dialaminya pada pertengahan tahun ini memberi kesan kepada prestasinya.

"Saya gembira dapat mengatasi kecederaan sejak pertengahan tahun ini. Saya mempersiapkan diri dengan baik dan bersyukur dapat pulih dari kecederaan dan kembali lebih kuat,” katanya.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menyaksikan perlawanan akhir itu. - Gambar Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar