web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Seksual Harus Ditangani Sekarang - Faizal Azumu

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 4:44PM

Athirah (kiri) menerima cek daripada Pengurus Operasi Pusat Perubatan Pakar Sri Kota Emily Lim di hadapan Faizal. - Gambar dari KBS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan akan membentangkan Akta Sukan Selamat di Dewan Rakyat tahun depan.

Bercakap secara eksklusif bersama The Vibes, menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sudah tiba masanya “kita memandang serius isu gangguan seksual” dan ia “harus bermula daripada sekarang”.

“Saya menyasarkan untuk membentangkan Akta Sukan Selamat sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 sementara saya masih ada masa,” kata Faizal, merujuk kepada khidmatnya sebagai menteri belia dan sukan.

Walaupun mencuba untuk membentangkan isu di Parlimen adalah satu perkara yang susah, Faizal berkata objektifnya adalah jelas; menghentikan gangguan seksual.

Beliau bercakap ketika menyampaikan cek kepada atlet Muay Thai Nur Athirah Bidin, yang telah dipilih oleh Persekutuan Muaythai Malaysia untuk mewakili negara dalam kejohanan dunia Persekutuan Antarabangsa Persatuan Muaythai (IFMA).

The Vibes sebelum ini melaporkan bahawa Athirah telah mengadakan kempen kutipan derma untuk membiayai penyertaannya dalam kejohanan IFMA.

Apabila terbaca artikel tersebut Pusat Perubatan Pakar Sri Kota mengambil keputusan untuk menaja Athirah dan memberikan sejumlah wang tunai RM20,000 yang diperlukannya.

Athirah akan bertanding dalam kategori 45kg wanita di Phuket, Thailand pada 3 hingga 12 Disember.

Dalam usaha mewujudkan kesedaran tentang gangguan seksual, Faizal tidak berselindung dengan kata-katanya.

“Tidak kisahlah siapa anda atau siapa berada dengan anda, pemangsa seksual akan terus mencari jalan untuk mengambil kesempatan terhadap mangsanya,” tegas Faizal, dan menambah kesedaran sepatutnya datang daripada pihak kerajaan dan orang ramai.

Beliau juga menambah yang kanak-kanak harus diajar bagaimana menjaga diri daripada pemangsa seksual.

“Kanak-kanak harus pandai membezakan antara seseorang itu mengajar sesuatu yang berkaitan dengan sukan berbanding seseorang yang menyentuh mereka dengan tidak wajar.

“Mereka harus tahu bila perlu mengambil tindakkan dan mengarahkan individu terbabit untuk menghentikan sentuhan.

“Inilah sebabnya kenapa kita mesti melaksanakan Akta Sukan Selamat secepat mungkin.

“Supaya dapat menyediakan garis panduan holistik tentang apa yang sesuai dan tidak sesuai, apakah tindakan yang boleh diambil oleh seorang atlet apabila mereka menjadi mangsa, dan seterusnya.” - The Vibes, 3 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dituduh Buat Gangguan Seksual, Qawiy Dicabar Sumpah Laknat Jika Benar Ia Fitnah

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad