web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nama Tak Disebut, Shahidan Kecil Hati

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 6:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim ‘terasa hati’ selepas namanya tidak disebut atau dijemput ketika penyampaian hadiah kemenangan pasukan Kuala Lumpur City (KL City) yang memenangi Piala Malaysia edisi ke-100, malam tadi.

Shahidan ketika meluahkan perkara itu di laman sosial Facebook berkata, beliau hadir menonton perlawanan akhir antara KL City melawan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Semalam saya hadir perlawanan bola sepak KL City lawan JDT. KL City champion (juara). Tahniah.

“Pengacara tidak jemput saya turun ke padang. Pengacara juga tidak sebut nama saya. Sokay (It’s okay),” luahnya di Facebook.

KL City menjulang trofi Piala Malaysia selepas 32 tahun dengan menewaskan JDT, malam semalam.
KL City menjulang trofi Piala Malaysia selepas 32 tahun dengan menewaskan JDT, malam semalam.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi netizen di media sosial sehinggakan mendapat 2,500 tanda suka, 1,700 komen dan 560 kali ulang siar.

Semalam, KL City FC merencatkan sasaran pasukan Harimau Selatan untuk menambah koleksi kejuaran Piala Malaysia kali ketiga, apabila mencatatkan kemenangan 2-0.

Lebih manis, keputusan mengejutkan KL City itu dicatatkan pada edisi ke-100 Piala Malaysia selepas 32 tahun tidak ke final.

Bagaimanapun, Shahidan berkata pemain KL City bakal menerima hadiah daripadanya tidak lama lagi susulan kemenangan tersebut. - Getaran, 1 Disember 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad