web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


32 Tahun Menanti, KL City Akhirnya Julang Piala Malaysia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 8:17AM

Pemain KL City meraikan kegembiraan selepas berjaya menewaskan JDT 2-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC menamatkan penantian 32 tahun untuk merangkul Piala Malaysia selepas mengejutkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Dua jaringan masing-masing daripada Zhafri Yahya dan kapten pasukan, Paulo Josue pada separuh masa kedua, turut membantu skuad The City Boys melakar sejarah sebagai juara pada ulang tahun ke-100 kejohanan berprestij yang diperkenalkan pada 1921, selain meraih tiket ke saingan Piala AFC musim depan.

KL City, yang dikenali sebagai Kuala Lumpur FA sebelum proses penswastaan Liga Malaysia (Liga-M), pernah mencipta kejuaraan hatrik Piala Malaysia pada 1987, 1988 dan 1989, namun tidak pernah melangkah ke final selepas itu.

Babak pertama menyaksikan skuad Harimau Selatan menguasai perlawanan dengan serangan bertali-arus mencemaskan gawang lawan, manakala KL City pula mempamerkan disiplin bertahan yang cukup baik untuk mematahkan serangan serta tangkas melakukan beberapa serangan balas.

JDT hampir membuka jaringan pada minit kelapan apabila rembatan Bergson da Silva dari penalty arc berjaya menewaskan penjaga gawang Kevin Ray Mendoza, namun percubaan itu sekadar singgah di palang kiri gol KL City.

Tandukan Mauricio dos Santos hasil sepakan percuma Arif Aiman Hanapi pada minit ke-36 dan tandukan Safawi Rasid seminit kemudian, juga berjaya diselamatkan oleh penjaga gol import dari Filipina itu.

Skuad kendalian Bojan Hodak yang mula menunjukkan corak menyerang pada separuh masa kedua, mendapat peluang untuk memecahkan kebuntuan apabila penyerang import dari Colombia, Romel Morales berjaya meloloskan diri ke dalam kawasan penalti JDT pada minit ke-59, namun tindakan pantas penjaga gol Farizal Marlias menyelamatkan keadaan.

KL City  yang turun selaku ‘underdog’ akhirnya berjaya mengejutkan JDT, apabila Zhafri meledak masuk bola hantaran lintang daripada J. Partiban pada minit ke-66.

Ketika skuad kendalian Benjamin Mora sedang memburu gol penyamaan, KL City mencipta satu lagi jaringan untuk melebarkan jurang menerusi kapten pasukan, Paulo Josue pada minit ke-74, yang berjaya mengawal hantaran Hadin Azman dengan baik, sebelum menerjah gawang JDT.

KL City mara ke final mengatasi Melaka United 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas keputusan agregat terikat 2-2 pada pusingan separuh akhir, manakala juara 2017 dan 2019, JDT membenam Terengganu FC 4-1 secara agregat untuk melangkah ke final.

Zhafri Yahya turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. - Gambar Bernama
Zhafri Yahya turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. - Gambar Bernama

Zhafri turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan pada majlis penyampaian hadiah yang dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Presiden KL City FC, Tan Sri Annuar Musa serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pasukan KL City selaku juara menjulang trofi Piala Malaysia dan menerima pingat manakala JDT menerima pingat selaku naib juara.

Untuk rekod, ini adalah pertemuan pertama KL City FC dan JDT di perlawanan akhir Piala Malaysia selepas kedua-dua pasukan melalui penswastaan kelab, namun Johor FA pernah menewaskan Kuala Lumpur FA untuk memenangi Piala Malaysia pada 1985.

Piala Malaysia tidak dapat diadakan bermula 1942 hingga 1947 berikutan perang dunia kedua manakala edisi 2020 pula dibatalkan susulan pandemik COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar