web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia Lelaki Di Bukit Jalil Dibatalkan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 3:03PM

Presiden WSF Zena Wooldridge

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya seminggu sebelum bermulanya Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia Lelaki 2021 dijadual pada 7-11 Disember di sini, Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) dan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) memutuskan untuk membatalkan kejohanan itu.

WSF dalam kenyataan berkata keputusan itu dibuat kerana kemungkinan beberapa negara, dilaporkan Israel, tidak dapat bertanding kerana tidak dapat pengesahan visa dan kebenaran perjalanan oleh pihak berkuasa Malaysia kerana badan induk sukan itu percaya kepada kejohanan yang terbuka dan inklusif.

Selain itu, WSF dan SRAM turut bimbang mengenai varian baharu COVID-19 - Omicron - yang dilaporkan menular di beberapa negara dan kemungkinan akan memberi kesan kepada keupayaan beberapa pasukan melakukan perjalanan ke Malaysia untuk menyertai kejohanan tersebut.

Presiden WSF Zena Wooldridge berkata badan dunia itu amat kecewa dengan pembatalan tersebut, selepas bekerja keras dengan SRAM untuk menganjurkan acara berkenaan walaupun berdepan pandemik global, termasuk memindahkan acara itu dari Tauranga di New Zealand ke Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil di sini.

Beliau juga menyampaikan penghargaan kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) atas usaha mereka membantu WSF dan SRAM untuk menganjurkan kejohanan dunia itu mengikut prinsip dan peraturan Piagam Olimpik.

“Saya merakamkan penghargaan kepada IOC dan OCM atas usaha mereka untuk mempengaruhi pihak berkuasa tertinggi Malaysia bagi memastikan kesemua pasukan termasuk Israel dapat memasuki Malaysia dan bertanding, tanpa sebarang diskriminasi politik. Adalah penting bagi WSF memastikan tiada negara yang ingin bertanding terlepas acara tersebut.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada SRAM dan Presidennya Gerard Monteiro atas kerja keras yang telah mereka lakukan untuk merancang acara itu sebelum keputusan ini dibuat.

“Tumpuan kami kini beralih ke arah 2022 dan kami akan bekerjasama rapat dengan Persekutuan Negara Anggota kerana kami mahu menyusun kalendar acara yang mantap pada tahun depan,” katanya.

Kejohanan dunia itu sepatutnya menjadi pertandingan ketiga anjuran SRAM, selepas Terbuka Malaysia 2021 minggu lalu dan Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia yang sedang berlangsung mulai hari ini hingga 4 Dis.

Media asing sebelum  ini melaporkan Persatuan Skuasy Israel mengancam untuk membawa WSF ke Mahkamah Timbang Tara Sukan di Switzerland jika badan induk itu gagal menyelesaikan perkara tersebut.

Memandangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, ia bukanlah kali pertama kontroversi berkaitan acara sukan timbul sejak beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun beberapa atlet dan perwakilan Israel telah dibenar menyertai pertandingan dan acara sebelum ini.

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) telah melucutkan hak penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019 d Kuching kerana  tidak membenarkan perenang para Israel menyertai kejohanan itu yang berlangsung pada kelayakan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 manakala Kongres FIFA 2017, platform untuk memilih tuan rumah Piala Dunia 2026 juga telah dipindahkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 8 bulan yang lalu

3 Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Israel, Jumlah 15 Setakat Ini - SNCC

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Skuasy: Malaysia Sapu Bersih Gelaran Juara Berpasukan Asia

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad