web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemain JDT Seolah Dilatih Untuk ‘Kerek’ - Muhammad Sanusi

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 5:55PM

Md Sanusi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Md Sanusi Md Nor dilihat masih belum mahu berhenti daripada ‘membalun’ JDT apabila sekali lagi memuat naik status Facebook mengenai pasukan dari selatan tanah air itu.

Menulis di laman Facebooknya, beliau mendakwa tindak-tanduk pemain JDT seakan dilatih untuk menjadi ‘kerek’ terhadap pemain pasukan lain.

Tindakan itu katanya seolah-olah menampakkan pasukan lain berada dalam kelas atau kasta yang lebih rendah.

“‘Kelaku’ depa (mereka) ini seperti dilatih supaya ‘kerek’ dengan pemain pasukan lain seolah-olah pasukan lain dalam kelas (kasta) lebih rendah.

“‘Kerek’ adalah istilah lain bagi bongkak yang dibina terutamanya dalam kalangan pegawai dan pemain import atau naturalisasi, yang besar kepala,” katanya.

Bersama status tersebut, Muhammad Sanusi turut berkongsi pautan berita sebuah akhbar mengenai kenyataan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh yang menganggap pemain pertahanan JDT, Shane Lowry boleh dikenakan hukuman berat kerana mengasari penyerang Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 Isnin lalu.

Kekasaran dilakukan Lowry itu menjadi perbahasan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tanah air kerana pengadil, Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah tidak melayangkan sebarang kad sebagai amaran kepada pemain import dari Australia tersebut.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi dilihat beberapa kali menulis secara sinis di Facebook bagi membalas kenyataan-kenyataan dibuat pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelang pertemuan KDA FC dan JDT di peringkat suku akhir Piala Malaysia 2021.

Lanjutan daripada itu, Tunku Ismail turut menghantar bungkusan McDonald’s kepada Muhammad Sanusi disertakan dengan bunga serta belon berwarna biru dan merah.

Muhammad Sanusi tidak ketinggalan membalas hantaran itu, tetapi dengan meletakkan gambar beliau menikmati cucur kucai dan cucur pisang di depan deretan bungkusan makanan segera tersebut. - Getaran 24 November 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

3

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Semasa 3 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar