web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Tersingkir Awal Di Terbuka Indonesia 2021

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 4:53PM

Zii Jia sekali lagi tumpas awal. - Gambar dari Badminton Photo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan utama negara Lee Zii Jia sekali lagi mengalami kekecewaan apabila tersingkir awal pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2021 di Bali hari ini.

Pemain berusia 23 tahun itu tewas kepada pemain Denmark Rasmus Gemke walaupun pada awalnya menguasai set pertama dengan 21-11, sebelum Gemke bangkit memenangi set kedua dengan 25-23 sebelum menang perlawanan penentuan 21-16.

Ini adalah kekalahan kedua Zii Jia kepada Rasmus selepas tersingkir pada pusingan pertama Masters Indonesia pada 16 November lepas, setelah terpaksa menamatkan saingan pada kedudukan 9-11 akibat kecederaan belakang dialaminya.

Mengulas mengenai perlawanan hari ini, Hendrawan mengakui Rasmus bermain dengan lebih baik daripada Zii Jia dalam dua set berikutnya.

Bagaimanapun, jurulatih dari Indonesia itu berkata beliau berasa lega kerana Zii Jia tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan yang baik selepas perlawanan hari ini.

Sementara itu pemenang pingat gangsa acara beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo Aaron Chia-Soh Wooi Yik layak ke pusingan kedua selepas mengetepikan cabaran Mark Lamsfuss-Marvin Seidel dari Jerman 25-23, 21-12.

Pasangan No 6 dunia itu akan bertemu pasangan senegara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi selepas pasangan itu mengalahkan satu lagi pasangan negara Tan Kiang Meng-Tan Wee Kiong 21-11, 21-11.

Pasangan muda negara Goh Sze Fei-Nur Izuddin Mohd Rumsani juga layak ke pusingan kedua selepas mengalahkan pasangan dari Perancis Christo Popov-Toma Junior Popov, 22-20, 21-10.

Bagaimanapun pasangan muda negara itu akan menghadapi cabaran sukar apabila dijadualkan berhadapan dengan pasangan juara Olimpik Lee Yang-Wang Chi Lin, selepas pasangan dari Taiwan itu mengalahkan pasangan profesional negara Goh V Shem-Low Juan Shen 21-14, 21-16.

Kategori beregu wanita pula menyaksikan pasangan Pearly Tan-M.Thinaah melepasi pusingan pertama selepas terpaksa berhempas pulas sebelum menang ke atas pasangan Clara Azurmendi-Beatriz Corrales dari Sepanyol, 22-20, 21-19.

Pearly-Thinaah, pasangan pilihan kelapan kejohanan akan bertemu pasangan tuan rumah Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, selepas mereka menewaskan pasangan senegara Nita Violina Marwah-Putri Syaikah, 21-11, 21-15. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Terbuka Indonesia: Jun Hao Teruskan Aksi Cemerlang, Aaron- Wooi Yik 'Pulang Awal'

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad