web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hafizh Masih Menanti Perkhabaran TMJ

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 1:57PM

Hafizh (kiri) akan menunggu waktu sesuai untuk berjumpa dengan Tengku Ismail. - Gambar dari Bernama dan Instagram RW Racing

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah masih menanti perkhabaran daripada Tunku Mahkota Johor  (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menzahirkan minat menajanya Jun lepas.

Hafizh, yang kini berada di London, United Kingdom atas urusan peribadi berkata beliau menunggu waktu sesuai untuk menghadap Tunku Ismail selepas difahamkan baginda sibuk dengan urusan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim selain membantu rakyat Johor yang berhadapan dengan pandemik COVID-19.

“Belum ada lagi (perkhabaran penajaan), baginda sangat sibuk ketika ini kerana ada kerja lain yang perlu diselesaikannya.

“Lepas balik Malaysia, saya sudah free dan tidak buat apa-apa, mungkin tunggu waktu sesuai (menghadap baginda),” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Tunku Ismail menarik perhatian peminat sukan pemotoran tanah air selepas menzahirkan hasrat menaja pelumba Moto2 negara itu semasa reaksi balas baginda terhadap satu soalan sama ada berminat untuk menaja Hafizh, yang dilontarkan seorang pengguna Instagram.

“Saya berminat,” demikian reaksi ringkas terhadap soalan berkenaan dalam sesi soal jawab di laman Instagram baginda.

Hafizh yang bakal membuat penampilan sulung pada Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Mie Racing Honda bermula musim 2022, mengucapkan selamat tinggal kepada dunia Moto2, Ahad lepas.

Dalam perlumbaan terakhirnya pada saingan Moto2, pelumba pasukan NTS RW Racing GP itu, menamatkan saingan di tempat ke-15 daripada 25 pelumba pada Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol.

Penghijrahan ke WSBK juga menyaksikan pelumba berusia 27 tahun itu menamatkan perjalanan karier selama lapan musim dalam saingan MotoGP, termasuk dua musim bersaing untuk kelas perdana pada 2018 dan 2019, sejak menjadi pelumba sepenuh masa pada 2014. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tunku Ismail Rasmi Festival Perarakan Chingay 2024

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad