web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor FC Lancar Jersi "Away" Musim 2021 Secara Digital

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2021 9:06AM

Pihak pengurusan berkata jersi ini bertemakan kesepaduan rakyat Selangor. - Gambar dari selangorfc.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Selangor FC melancarkan jersi “away” untuk kegunaan di padang lawan  bagi musim 2021 secara digital di semua platform media sosial mereka semalam.

Pelancaran jersi Red Giants ini adalah pelancaran jersi kedua musim ini setelah jersi “home” untuk kegunaan di gelanggang sendiri  bagi musim ini telah pun dilancarkan pada 1 Februari lepas.

“Hadir dengan warna asas biru gelap dan disertakan dengan corak berwarna biru neon, jersi ini direka dengan menyuntik unsur progresif dan adunan jati diri kelab yang berteraskan motif setiap daerah di Selangor.

Dari segi pemilihan warna, warna biru gelap melambangkan kesepaduan rakyat Selangor yang bersatu dalam memberi sokongan padu kepada pasukan Gergasi Merah, manakala warna biru neon pula merupakan simbolik kepada pembaharuan untuk masa depan yang ingin dicorakkan oleh pasukan ini,” kata Selangor FC di laman sesawangnya.

Pihak pengurusan Selangor FC berkata ia berharap jersi “away” musim 2021 yang bertemakan kesepaduan rakyat Selangor serta unsur moden itu dapat membawa aura kejuaraan serta meniup semangat perjuangan yang tinggi kepada semua pemegang taruh Selangor FC dalam misi memburu kejayaan pada tahun ini.

Jersi away baharu ini kini boleh dibeli menerusi laman sesawang selangorfc.com. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad