web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: JDT Tempah Slot Ke Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 7:44AM

Pemain Sabah, FC Alto Linus melakukan sepakan gunting ketika diasak pemain JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) menempah slot ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2021 selepas menewaskan Sabah FC 3-0, pada aksi keempat Kumpulan D di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam tadi.

Dengan rekod empat kemenangan diraih setakat ini, skuad Harimau Selatan menjadi pasukan kedua melayakkan diri ke pusingan kalah mati, mengikut jejak pendahulu Kumpulan C Melaka United FC, yang telah mengesahkan kemaraannya lebih awal.

Pada aksi malam tadi, JDT yang masih segar dengan kejayaan 2-0 mengatasi skuad Badak pada pertembungan pusingan pertama saingan kumpulan di Kota Kinabalu, Jumaat lepas, mempamerkan permainan bertenaga seawal wisel permainan dibunyikan.

Skuad bimbingan Benjamin Mora pantas menghukum kealpaan benteng pertahanan Sabah FC yang masih tercari-cari rentak di awal permainan, apabila Leandro Velazquez yang tidak dikawal melepaskan rembatan padu untuk mencetak nama sebagai penjaring pada minit keenam.

JDT terus menguasai perlawanan dengan kawalan bola yang kemas selain hantaran-hantaran pendek dan pantas dalam usaha menggandakan kedudukan, sebelum dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Begson Da Silva pada minit ke-33 selepas bola terkena tangan pertahanan lawan.

Aksi bertenaga terus ditampilkan JDT pada separuh masa kedua tatkala Sabah FC terus buntu mencipta gerakan serangan yang efektif, namun pasukan tuan rumah perlu menunggu sehingga penghujung perlawanan untuk sekali lagi menembusi gawang pasukan pelawat.

Selepas percubaan Muhammad Akhyar Abdul Rashid terkena tiang pada minit ke-85 dan sepakan penalti 'panenka' Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-90 gagal menewaskan penjaga gol, Bergson muncul dengan jaringan kedua peribadinya pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Penyerang Brazil itu bijak mencari ruang sebelum menanduk bola sepakan percuma rakan sepasukan Safiq Rahim untuk jaringan ketiga JDT, dan mengesahkan kemenangan 3-0 pasukan di hadapan penyokong sendiri.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan D, Petaling Jaya (PJ) City FC berdepan tentangan sengit Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu yang menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Keputusan itu meletakkan PJ City FC kendalian P. Maniam yang kini berada di tempat kedua dengan mengumpul lima mata di kedudukan yang masih belum selamat dalam perebutan slot ke pusingan suku akhir.

JDT selaku pendahulu Kumpulan D kekal di puncak mengumpul 12 mata, diikuti PJ City FC sementara Kelantan FC dan Sabah FC yang masih memiliki peluang masing-masing di tempat ketiga dan keempat mengutip dua mata. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad