Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: Sang Badak Gigit Jari Di Kota Kinabalu

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 8:09AM

Penyerang Sabah FC Alto Linus (kanan) bersaing bagi mendapatkan bola dengan pemain pertahanan pasukan JDT dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Likas malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sabah FC terus bergelut untuk melakar kemenangan pertama pada saingan Piala Malaysia 2021 apabila tumpas 0-2 kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi ketiga Kumpulan D di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.

JDT selaku juara Liga Super, memerlukan hanya empat minit untuk membuka tirai jaringan selepas tandukan ke belakang pertahanan tuan rumah Nazirul Naim Che Hashim mengundang padah, apabila disambar penyerang lawan, Ahmad Hazwan Bakri yang tenang menyumbat gol pertama perlawanan.

Sembilan minit kemudian, Leandro Sebastian Velazquez berjaya mengelirukan penjaga gol Sabah Rozaimie Rahim, sebelum bola lorongannya mudah ditolak masuk penyerang import, Gonzalo Gabriel Cabrera bagi menggandakan jaringan skuad bimbingan Benjamin Mora itu.

Selepas itu, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee yang memperkemaskan corak permainan mereka  mendapat peluang keemasan untuk mengurangkan defisit gol, namun rembatan kencang penyerang N. Thanabalan pada minit ke-15 menggegar palang gol lawan dan kedudukan itu kekal sehingga separuh masa pertama berakhir.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan menampilkan permainan seimbang sebelum hantaran leret dari sebelah kiri padang oleh La'Vere Lawrence Corbin-Ong, gagal disudahkan Leandro untuk melebarkan kedudukan ‘Harimau Selatan’ selepas percubaannya sedikit tersasar di sebelah kanan gawang Sabah pada minit ke-69.

‘Sang Badak’ sepatutnya berpeluang untuk merobek gawang lawan namun tandukan bekas pemain JDT, Mohd Amri Yahyah hanya melambung tinggi pada minit ke-80, manakala  tandukan pemain pertahanan dari Korea Selatan Park Taesu pada minit ke-85 tepat ke dakapan penjaga gol Mohd Farizal Marlias, dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Satu lagi aksi Kumpulan D di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya menyaksikan penyerang Petaling Jaya (PJ) City FC Darren Lok muncul wira tuan rumah, apabila meledak dua gol, masing-masing pada minit ke-10 dan 81, untuk membantu tuan rumah merakam kemenangan pertama saingan kali ini menerusi kemenangan 3-1 ke atas Kelantan FC.

Seorang lagi penyerang, R. Kogileswaran turut menemui sentuhan penyudah apabila menjaringkan gol kedua PJ City pada minit ke-18, manakala jaringan tunggal pelawat dihadiahkan pemain pertahanan import Christos Intzidis, menerusi sepakan percuma pada minit ke-36.

Kemenangan ketiga berturut-turut JDT meletakkan mereka gah menerajui Kumpulan D dengan sembilan mata, manakala PJ City naik ke tangga kedua dengan empat mata untuk memintas Sabah yang jatuh di tangga ketiga selepas memungut dua mata, dan Kelantan pula di kedudukan terakhir dengan satu mata.

Sementara itu, jaringan penyerang import, Adriano Narcizo pada minit ke-54 sudah cukup untuk membantu Melaka United FC merekod kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Kumpulan C, dengan menundukkan Kelantan United FC 2-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Terdahulu, gol pertama Melaka hadir pada minit ke-25 menerusi jaringan penyerang Haiti Sony Norde, sebelum Kelantan United bangkit menyamakan kedudukan oleh pemain tengah Shuhei Fukai, pada minit ke-43.

Melaka kini gah mengungguli Kumpulan C dengan sembilan mata, manakala naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman FC di tangga kedua dengan tiga mata, diikuti Negeri Sembilan FC yang telah pun menarik diri dari Piala Malaysia selepas pemain dan pegawai pasukan dijangkiti COVID-19, juga dengan tiga mata, dan Kelantan United di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata. - Bernama

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Sukan 8 jam yang lalu

Lagenda Liverpool Memenangi Battle Of The Reds

oleh Manvir Victor

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar

Semasa 21 jam yang lalu

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright